Categories: Berita

Honda Hornet 750 2023 secara rasmi dilancar di Intermot

HONDA MOTOR EROPAH MENGEJUTKAN RAMAI DENGAN MENAMPILKAN HONDA HORNET 750 SERBA BARU DI INTERMOT 2022 DI JERMAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Selepas hampir setahun menunggu, akhirnya Honda memperkenalkan Honda Hornet 750 serba baru di pameran motosikal Intermot yang diadakan di Cologne, Jerman.

Selepas beberapa lakaran konsep yang pernah diterbitkan sebelum ini termasuk imej ‘render’ yang dikongsikan oleh penerbitan di Jepun, akhirnya Honda Hornet 750 telah dipersembahkan secara rasmi.

Menampilkan reka bentuk serba baru daripada Honda R&D Eropah yang berpangkalan di Itali, Hornet 750 menawarkan elemen motosikal ‘streetfighter’ dengan reka bentuk yang agresif.

Honda Hornet 750 dikuasakan oleh enjin 755cc 8 injap kembar selari dengan penyejukan cecair dan mempunyai sistem Unicam dan ‘engkol 270 darjah’.

Related Post

Menariknya, bahagian silinder enjinnya telah disalut dengan bahan jenis ‘nickel-silicon carbide’ yang sebelum ini digunakan pada CBR1000RR-R Fireblade dan CRF450R.

Honda mendakwa enjin itu mampu menghasilkan 92hp pada 9,500rpm dan 75Nm pada 7,250rpm. Kuasa enjin kemudiannya disalurkan kepada transmisi 6-kelajuan dan dibantu oleh klac ‘assist/slipper’. Menurut Honda, Hornet 750 boleh mencapai kelajuan maksimum 205km/j.

Enjin itu ditempatkan dalam casis jenis ‘steel-diamond’ yang dibangunkan oleh Honda. Kerangka itu hanya seberat 16.6kg, lebih ringan daripada kerangka CB650R (18.5kg).

Manakala bahagian suspensi pula dikawal oleh fork depan Showa SFF-BP 41mm yang menawarkan perjalanan 130mm. Bahagian belakang didatangkan dengan ‘monoshock’ dengan swingarm Pro-Link yang menawarkan pergerakan 150mm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah