Categories: Berita

Vespa memperkenalkan empat model GTS baharu untuk 2023

UNTUK 2023 VESPA TELAH MEMPERKENALKAN EMPAT MODEL GTS BARU, VESPA GTS, GTS SUPER, GTS SUPERSPORT DAN GTS SUPERTECH TERBARU.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar skuter Itali Vespa memperkenalkan empat barisan model GTS untuk 2023. Empat model GTS termasuk Vespa GTS, GTS Super, GTS SuperSport dan Vespa GTS SuperTech.

Seperti generasi sebelumnya, GTS SuperTech adalah varian ‘flagship’ dan didatangkan dengan semua pakej elektronik moden.

Dua enjin ditawarkan untuk model GTS, termasuk enjin satu silinder i-GET 125cc dan 300 HPE menawarkan 23hp.

Walaupun piawaian pelepasan untuk kedua-dua enjin ini tidak dinyatakan, memandangkan enjin sebelum ini hanya berstatus Euro 4, kemungkinan besar Vespa telah pun menaik taraf kedua-dua enjin kepada standard Euro 5.

Related Post

Model 2023 ini mengekalkan reka bentuk ikonik model terdahulu tetapi bagi memastikan model ini kekal segar, Vespa menawarkan 14 pilihan warna yang menarik.

Bagaimanapun, Vespa telah menaik taraf bahagian ‘swingarm’ menjadi lebih kuat dan menawarkan kestabilan yang lebih baik. Vespa telah meningkatkan tahap keselesaan dengan memasang tempat duduk yang lebih selesa.

Antara peningkatan lain yang dilaksanakan termasuk penggunaan sistem tanpa kunci, dan fungsi ‘push start button’.

Ciri-ciri lain termasuk paparan skrin TFT-LCD dengan fungsi MIA Bluetooth.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah