Categories: Berita

Italjet Dragster 200 dan 125 kini di Malaysia

ITALJET DRAGSTER 200 DAN 125 TELAH TIBA DI PASARAN TEMPATAN DAN KEMUNGKINAN AKAN DIDATANGKAN DENGAN TANDA HARGA SEKITAR RM30,000.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Italjet Dragster 200 dan Dragster 125 telah tiba di Malaysia melalui pengedar rasmi Chear Global.

Italjet Dragster kini ditawarkan dalam dua varian iaitu 125cc dan 200cc. Kedua-dua varian menampilkan reka bentuk, spesifikasi dan dimensi yang sama dan yang membezakannya hanyalah kapasiti enjin.

Untuk rekod, varian 125cc menghasilkan 13hp daripada enjin satu silinder dengan penyejukan cecair. Sebaliknya, varian 200cc menawarkan enjin satu silinder 181cc dengan piawaian Euro5 yang mampu menghasilkan 17hp pada 8,000rpm dan 15.5Nm pada 7,750rpm.

Related Post

Selain itu, Italjet Dragster ini turut didatangkan dengan komponen berprestasi tinggi termasuk brek Brembo dan suspensi depan dan belakang boleh laras.

Apa yang turut menjadikan Dragster 200 dan Dragster 125 unik ialah penggunaan sistem ISS (Independent Steering System) yang menjamin kawalan yang lebih baik untuk tunggangan agresif.

Kehadiran tangki 9L juga memastikan Italjet Dragster 200 dan Dragster 125 sesuai digunakan sebagai skuter harian.

Sementara itu, Chear Global akan mengumumkan harga rasmi untuk kedua-dua model ini pada 8 Oktober. Bagaimanapun, kami difahamkan Italjet Dragster 200 dan Dragster 125 akan ditawarkan pada harga sekitar RM30,000.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah