Spesifikasi dan harga Aprilia RS 660 didedahkan!

SPESIFIKASI, CIRI-CIRI DAN MAKLUMAT HARGA APRILIA RS 660 DIDEDAHKAN! INI ADALAH SEMUA ANDA PERLU TAHU TENTANG JENTERA BARU DARI APRILIA!

Aprilia mendedah konsep RS 600 buat kali pertama pada EICMA 2018. Setahun kemudian, versi pengeluaran Aprilia RS 660 didedahkan. Sejak itu Aprilia RS 660 telah menjadi salah satu motosikal paling popular dari pengeluar Itali ini. Baru-baru ini, Aprilia mendedahkan spesifikasi penuh dan maklumat harga jentera middleweight mereka! Ini adalah semua yang anda perlu tahu tentang jentera Aprilia baru, RS 660!

SPESIFIKASI APRILIA RS 660

REKA BENTUK

Aprilia RS 660 mengikut ciri-ciri reka bentuk abang besar RSV4. Bermula dengan bahagian depan, RS 660 mendapat tiga lampu depan LED dengan DRL. Dwi-fairing depan dengan ciri-ciri aerodinamik memberi jentera middleweight ini gaya agresif tetapi elegen. Melihat Aprilia RS 660 dari sisi, garisan sporty dan kontemporari menakjubkan memberi jentera ini watak anggun dan tangkas.

Aprilia mengatakan posisi menunggang telah direka semula untuk memastikan keselesaan penunggang dan pengagihan berat badan yang paling sesuai bagi perjalanan yang sempurna. Aprilia telah berusaha keras untuk mengembangkan rangka aluminium ringan dan swingarm seimbang untuk memberikan pengalaman menunggang yang benar-benar dinamik. Disamping itu, pelana ke footpeg dan hendal clip-on semuanya direka khas untuk memberi kedudukan menunggang dinamik agar sesuai dengan ciri prestasi jentera middleweight.

ENJIN

Bagi enjin pula, Aprilia RS 660 dikuasai oleh enjin silinder kembar selari, 4-lejang, sejukkan cecair. Dipadankan pada kotak gear enam-kelajuan (dengan Aprilia Quick Shift (AQS) up and down), Aprilia RS 660 menjana 100 hp (73.5 kW) @ 10500 rpm dan tork puncak 67.0 Nm (6.83 kg) @ 8500 rpm.

PAKEJ ELEKTRONIK

RS 660 datang dengan advanced multimap Cornering ABS yang memantau parameter seperti pecutan lateral, lean, pitch yaw dan tekanan pada brek untuk menawar nyah pecutan dan kestabilan yang sesuai. Ini seterusnya memaksimumkan keselamatan di jalan raya tanpa menjejaskan prestasi.

Selain itu, Aprilia RS 660 datang dengan lima mod tunggang (Trek dan Jalan, 3 tetap dan 2 boleh disesuaikan) untuk menawar pengalaman menunggang terbaik.

RS 660 dilengkapi dengan Aprilia APRC ( Aprilia Performance Ride Control) yang pada asalnya dibangunkan untuk perlumbaan dan kemudian ditala untuk kegunaan jalan.

APRC memastikan keselamatan serta peningkatan prestasi di trek. Dengan bantuan navigasi enam paksi yang terdiri daripada pelbagai sensor dan giroskop, sistem mengawal status enjin untuk memastikan prestasi dan keselamatan maksimum.

Pakej APRC termasuk :

Related Post

– ATC: Aprilia Traction Control, kawalan traction boleh laras berdasarkan berdasarkan operasi logik berprestasi tinggi yang tepat.

– AWC: Aprilia Wheelie Control

– ACC: Aprilia Cruise Control yang mengekalkan kelajuan yang anda tetapkan tanpa mengawal throttle. 

– AQS: Aprilia Quick Shift; system gear elektronik yang membolehkan penukaran gear tanpa mengguna klac atau menutup throttle. Ia juga termasuk fungsi downshift untuk menukar gear tanpa mengguna klac. Juga tersedia sebagai pilihan tambahan adalah perisian yang membolehkan anda melaksanakan reverse shift pattern tanpa perlu mengganti bahagian lain. 

– AEB: Aprilia Engine Brake, untuk mengawal pengereman enjin semasa throttle direndahkan.

– AEM: Aprilia Engine Map, dengan rangkaian peta yang berbeza-beza yang menghasilkan output kuasa enjin dan watak berbeza

– ABS: dengan fungsi cornering dan 3 tahap boleh laras.

SUSPENSI DAN BREK

Kerja suspensi dikendali oleh fork stanchion Kayaba 41-mm (dengan spring boleh laras pra mampatan dan rebound damping) di depan dan mono-shock boleh laras di belakang.

Dilengkapi dengan ABS dan Multimap Cornering ABS, cakera kembar 320 mm depan dengan Brembo radial kaliper dan cakera Brembo kaliper 220mm di belakang menguruskan pengereman.

HARGA DAN KETERSEDIAAN

Untuk pasaran Eropah; Aprilia RS 660 hadir dengan tanda harga £ 10,149 / US $ 13,220 / MYR 57,800 dan boleh didapati dalam 3 warna; Emas Asid (Acid Gold), Apex Hitam (Apex Black) dan Merah Lava (Red Lava). RS 660 sudah tersedia untuk pra-pesanan mulai hari ini, 12 Oktober 2020.

Dalam kes Malaysia, kami mendapat beberapa petunjuk bahawa RS 660 datang ke Malaysia semasa pelancaran Aprilia RSV4 X pada bulan Januari. Kami berpendapat Aprilia RS 660 akan datang pada 2021 dan akan jatuh dalam margin RM 80- 100k.

SPESIFIKASI TEKNIKAL APRILIA RS 660

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah