Categories: Berita

Permainan video MotoGP19 dalam perjalanan dengan treler baru

Permainan Video MotoGP19 | Sumber gambar: Game News

Musim 2019 World Championship telah bermula hujung minggu lepas di Losail, Qatar, tetapi studio Dorna dan Milestone tidak sabar lagi untuk mengumumkan kedatangan permainan video rasmi World Championship: MotoGP19.

Milestone Studios telah mengeluarkan treler baru di mana kita dapat lihat beberapa motosikal baru yang kita akan dapat menunggang sambil duduk atas sofa di rumah, tetapi buat masa ini kita perlu menunggu lebih lama kerana permainan video MotoGP19 tidak akan sampai di kedai hingga awal bulan Jun.

Perubahan utama pada MotoGP19 berbanding pendahulunya, menurut Milestone Studios, telah dibuat untuk menjawab permintaan pemain tentang bagaimana permainan bertindak balas kepada keputusan, di luar dan di trek. Untuk itu, Milestone telah mencipta sistem IA baru berdasarkan Rangkaian Neural (Neural Network).

Related Post

Untuk pengalaman dalam talian yang lebih baik, MotoGP19 akan mendapatkan pelayan tertuju khas, Historical Challenges kembali untuk membiarkan kami menunggang dalam watak legenda MotoGP, Mod Pengarah Perlumbaan (Race Director Mode) meletakkan kami dalam peranan seorang pengurus pasukan dengan tugas memimpin pasukan ke gelaran dunia, dan akhirnya, MotoGP19 menampilkan semua pelumba dan pasukan MotoGP, Moto2, Moto3, Piala Rookie Red Bull, dan juga Piala MotoE.

Kini kita hanya perlu menunggu hingga permainan video ini dikeluarkan pada 6 Jun.

Sehingga itu, inilah treler MotoGP19 bagi anda.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah