Md Shafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor akan kembali beraksi di Litar Terengganu.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu pada hujung minggu ini.

Shafiq kini menduduki tempat ketiga secara keseluruhan selepas menaiki podium di Litar Teluk Intan dan harap dapat meneruskan momentum di Terengganu.

Setakat ini Shafiq telah berjaya menaiki podium sebanyak tiga kali dan meraih satu kemenangan disebabkan pengalamannya.

Menurut Syafiq, “Cabaran utama bagi saya di musim ini adalah dua pelumba YYPang yang melebihi saya dalam jumlah mata keseluruhan.

Mereka agak hebat dan telah memberikan saingan yang bagus dalam kategori perlumbaan di musim ini. Keadaan jentera saya pada musim ini baik dan ada kelebihan dan ada juga kekurangan berbanding dengan jentera pasukan-pasukan lain.

Related Post

Maka, saya harus sentiasa mencari jalan untuk gunakan kelebihan saya untuk bersaing secara kompetitif dengan pasukan lain.

Musim ini, badan saya juga agak berat berbanding dengan pelumba-pelumba baru di kategori ini yang datang dari kategori wira. Sudah pasti, mereka mempunyai lebih kelebihan dari segi fizikal.”

“Bagi saya, litar Terengganu sukar kerana ia agak teknikal. Apa yang penting bagi perlumbaan di sana adalah “setting” yang bagus dan sudah pasti saya akan buat yang terbaik mungkin.

Lebih-lebih lagi, saya ingin memburu untuk tempat pertama secara keseluruhan. Lagi pun, saya tidak pernah mendapat tempat pertama di Litar Terengganu maka saya berharap untuk peluang tersebut.

Tahun ini adalah tahun terakhir saya di kategori ini. Oleh itu, saya ingin mencapai juara keseluruhan kalau boleh sebelum tukar kategori.

Saya masih tidak tahu hala tuju saya tetapi saya akan fokus 100% pada musim ini, buat yang terbaik dan yang selebihnya adalah atas rancangan pasukan saya.”

Muiz Aziz