“DNF” Bukan Penghalang Untuk Nazirul

Nazirul Izzat Bahauddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor tekad kembali bangkit pada pusingan ke-7 Petronas Cub Prix.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Walaupun dua kali “DNF” di musim ini, Nazirul yang telah beraksi di kategori perlumbaan CP150 selama empat tahun masih mampu menempatkan dirinya di tempat keenam secara keseluruhan.

Setakat ini, beliau telah mengumpul sebanyak 51 mata dan masih berpeluang untuk mengejar kedudukan tiga teratas.

Menurut Nazirul, “Bagi musim ini, saya memang berharap untuk mengejar juara keseluruhan tetapi setakat ini, saya masih ketinggalan dalam jumlah mata keseluruhan.

Lebih-lebih lagi apabila saya terjatuh di pusingan kedua dan ketiga pada musim ini dan tidak dapat menamatkan perlumbaan.

Related Post

Saya agak kecewa juga pada masa itu. Masa itu, saya ada sedikit masalah dengan jentera. Jadi, saya perlu lebihkan usaha untuk pusingan-pusingan seterusnya untuk mencari lebih mata.”

“Bagi Litar Terengganu, saya suka dan kelebihan kami adalah di corner “s”, di selekoh dua dan selekoh empat.

Saya lebih suka selekoh enam. Maka saya berharap dapat buat terbaik tanpa sebarang masalah. Kekurangan kami buat masa ini adalah “setup” jentera.

Kami masih mencari “setup” untuk litar tersebut dan saya berharap dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin dan naik ke podium kalau boleh.

Musim ini, semua pelumba agak hebat, jentera mereka pun laju. Saya akan cuba yang terbaik untuk berada di kelompok hadapan. Secara keseluruhan, saya berharap untuk menaiki podium di pusingan ini.”

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz