Categories: Berita

Perkhidmatan kaunter bagi agensi bawah KPM/MOT buka – Julai 1

AGENSI-AGNESI AKAN BEROPERASI SEPERTI BIASA DENGAN PENGURANGAN KAPASITI STAFF MELALUI TEMU JANJI BERJADUAL.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Perkhidmatan kaunter akan sambung pada Khamis (Julai 1) bagi agensi yang beroperasi bawah Kementerian Pengangkutan. Ini termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Puspakom, Jabatan Laut Malaysia dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah dan Sarawak. 

Menteri pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberi kenyataan melalui Facebook dengan mengatakan perkhidmatan kaunter hanya akan tersedia bagi urusan yang tidak dapat dilaksanakan dalam talian. Semua urusan adalah secara temu janji berjadual dan walk-in tidak dibenarkan. Ini adalah kerana kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50% kapasiti.

Perkhidmatan kaunter JPJ akan tersedia bagi transaksi berkaitan kenderaan komersial dan persendirian mulai hari ini kecuali mana-mana perkhidmatan yang boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal awam mySIKAP atau rakan strategik JPJ yang menawarkan perkhidmatan jabatan.

Related Post

“TERDAPAT 38 TRANSAKSI DALAM TALIAN MELALUI PORTAL AWAM MYSIKAP. NAMUN 11 TRANSAKSI BERIKUT MEMERLUKAN KAEDAH PENDAFTARAN MELALUI PENGESAHAN BIOMETRIK (SEKALI DAFTAR) BAGI MENERUSKAN TRANSAKSI MELALUI PORTAL AWAM MYSKIAP”

Perkhidmatan seperti pencetakan semula aplikasi LKM untuk permohonan pertukaran pemilikan (pemilik baharu), aplikasi untuk pertukaran hak milik (pemilik berdaftar), cabutan pek maklumat kenderaan, pertanyaan maklumat pemilik kenderaan (VOC), Pertanyaan Maklumat Kenderaan. Perkhidmatan yang perlu dilakukan secara peribadi termasuk tempahan nombor pendaftaran, maklumat pemilik, permohonan mengecap semula nombor casis , permohonan mengecap semula nombor enjin dan perubahan maklumat alamat/ nombor telefon/ e-mel.

Bagi APAD, semua perkhidmatan kaunter dibuka melalui temu janji berjadual kecuali urusan Kad Pemandu.

“UNTUK PERMOHONAN LESEN PERUBAHAN SEMENTARA (LPS) PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TERUS MELALUI EMEL LPS@APAD.GOV.MY.”

Puspakom akan beroperasi seperti biasa dengan 50% kapasiti bagi semua perkhidmatan melalui temu janji berjadual. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah akan membuka perkhidmatan kepada urusan permohonan baharu / tambahan lesen kenderaan komersial, Urusan permohonan Ubah Syarat Surat Tawaran Kelulusan (STK), memperbaharui lesen kenderaan komersial, urusan permohonan Ubah Syarat lesen kenderaan komersial, cetak lesen bagi kenderaan komersial, pengistiharan serah balik lesen kenderaan komersial, permohonan dan pengambilan kad memandu.  

“SEPERTI BIASA MOT SEKALI LAGI MENASIHATI SEMUA PIHAK SUPAYA SENTIASA MEMATUHI PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) YANG DITETAPKAN TERMASUK MEMAKAI PELITUP SEPARUH MUKA, MENGGUNAKAN CECAIR PEMBASMI KUMAN, MENGAMALKAN PENJARAKAN SOSIAL SEKURANG-KURANGNYA 1 METER SELAGI BOLEH DAN MENGIMBAS KOD QR MYSEJAHTERA.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah