IMOTORBIKE MENDAPAT PELUANG UNTUK MENEMU RAMAH PELUMBA MOTO3 MALAYSIA, KHAIRUL IDHAM PAWI YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI SUPER KIP DAN INI ADALAH APA YANG DIA BERITAHU KAMI TENTANG PERJALANAN LUMBANYA.

Khairul Idham Pawi

Cinta Khairul Idham Pawi terhadap motosikal dan perlumbaan mula ketika dia berusia 13 tahun. Dia mula perjalanan lumbanya pada 2014 dengan Kejuaraan Honda wave Junior Challenge Cup. Dua tahun kemudian dia mara ke Kejuaraan PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix dan Asia Dream Cup di mana dia telah memenangi kedua-dua kejuaraan pada 2014.

Setahun kemudian pada 2015 KIP mara ke Kejuaraan FIM CEV Junior di Sepanyol. Pada musim yang sama, KIP juga membuat debut Grand Prix di GP Aragon. Selepas selesai di kedudukan keenam dengan tiga kedudukan podium dalam Junior World Championship, KIP kemudian masuk sepenuhnya ke Kejuaraan Dunia Moto3 pada 2016. Pada musim yang sama, KIP mengejutkan ramai dengan kemahiran menunggang dalam keadaan basah dan kemenangan di Jerman dan Argentina.

Kemenangan moto3 pertama Khairul Idham Pawi

Satu tahun kemudian pada 2017, KIP maju ke Kejuaraan Dunia Moto2. Manakala pada perlumbaan keempat musim 2019 (musim pertama KIP dengan PETRONAS Sprinta Racing), KIP mengalami kecederaan teruk pada tangannya dan dia memutuskan untuk kembali ke Moto3 untuk tahun ini, 2020 di mana dia dalam perjalanan ke atas.

Perjalanan lumba Khairul Idham Pawi adalah satu inspirasi bagi kami semua dan terima kasih kepada PETRONAS SRT kerana memberi kami peluang untuk menemu ramah salah satu wira lumba tempatan Malaysia yang semakin berkembang. Kami telah tanya dia beberapa soalan mengenai kerjaya dan kehidupan peribadinya. Ini adalah sesuatu bagi pembaca kami serta para peminat KIP.

IMOTORBIKE X  KHAIRUL IDHAM PAWI

iM: Bilakah kali pertama anda menunggang motosikal?

KIP: Saya mula menunggang sejak umur 4 tahun di kampung saya. Untuk perlumbaan trek, saya mula sejak tingkatan 1.

iM: Apakah motosikal pertama anda?

KIP: Untuk perlumbaan trek saya guna Honda Wave 110.

iM: Apakah impian anda masa kecil?

KIP: Bila saya muda saya selalu ingin jadi pelumba. Saya mendapat idea ini selepas menonton TV dan juga kerana minat ayah dan adik-beradiknya.

iM: Bagaimanakah anda mula berlumba?

KIP: Sebelum saya tahun empat, saya beritahu ayah saya ingin menceburkan diri dalam perlumbaan dan oleh kerana situasi kewangan keluarga saya pada masa itu saya hanya dapat berlumba kemudian dan inilah ceritanya.

Perlumbaan pertama di trek adalah di trek lumba Dato’ Sagor Perak. Pada masa itu saya hanya berumur 12 dan trek itu agak dekat dengan rumah saya. Oleh kerana situasi kewangan, saya hanya dapat curi-curi keluar rumah dan berlumba dengan kawan-kawan saya di litar tersebut. Namun, pada satu hari, ayah saya mendapat tahu bahawa saya menyelinap keluar jadi dia menyuruh saya untuk pulang ke rumah. Pada masa itu, saya agak takut dan bimbang ayah saya marah.

Nasib saya, ayah saya menasihati saya dan bertanya jika saya benar-benar ingin menceburkan diri dalam perlumbaan. Beberapa hari kemudian, ayah saya membawa saya ke sebuah bengkel di mana dia sedang berada dalam proses membina motosikal untuk saya. Melihat motosikal ini membuat saya sangat gembira. Saya akan mengatakan bahawa ayah saya yang memberi saya peluang untuk menceburkan diri dalam perlumbaan dan juga orang yang menyokong saya dalam perjalanan perlumbaan saya sejak awal.

Related Post

iM: Bila dan bagaimana anda mula perjalanan lumba anda dengan PETRONAS Sprinta Racing?

KIP: Saya jumpa PETRONAS Sprinta Racing apabila saya masih berada dengan Honda Team Asia. Saya bertemu dengan Dato’ Razlan Razali dan perbincangan untuk sertai PETRONAS Sprinta Racing mula. Saya sangat berminat untuk menyertai PETRONAS SRT kerana mereka adalah dari Malaysia.

iM: Ramai memberi anda gelaran “Raja litar basah”, apakah strategi anda atas litar basah?

KIP: Secara amnya, saya berasa yakin atas trek basah. Semasa saya berada di Argentina, tempat saya mendapat gelaran itu, saya terus berlatih di trek untuk beberapa pusingan. Pada masa itu saya mengatakan kepada diri saya sama ada saya memenangi perlumbaan atau jatuh di pertengahan jalan, namun pada akhirnya, saya berjaya dengan baik.

iM: Selain daripada keyakinan, adakah anda mengguna strategi lain?

KIP: Saya tidak mengguna strategi lain. Semasa saya berlatih di Argentina, saya sebenarnya tidak menggunakan tayar basah, saya menggunakan tayar biasa untuk mendapatkan keyakinan dan mengikut aliran yang sama untuk perlumbaan.

iM:  Bagaimana persiapan anda dan PETRONAS Sprinta Racing untuk perlumbaan seterusnya?

KIP: Semasa MCO saya berlatih di rumah dan selepas MCO saya berlatih di Sepang bersama Zulfahmi Khairuddin. Saya telah buat banyak persiapan untuk perlumbaan-perlumbaan seterusnya.

iM: Apakah perasaan anda untuk kembali ke trek?

KIP: Saya rasa gembira untuk kembali. Selepas kemalangan tahun lepas saya bergelut dengan kecederaan tangan sehingga sukar untuk gerak jari. Proses pemulihan mengambil masa tetapi sekarang saya rasa hebat dan tidak sabar untuk kembali ke trek.

iM: Apakah perasaan anda tentang di mana anda berada sekarang?

KIP: Saya tidak percaya bahawa saya berjaya sejauh ini. Di mana saya berada sekarang adalah apa yang saya mahukan sejak saya masih muda, jadi saya melakukan ini dengan penuh semangat.

iM: Apa yang ingin anda sampaikan kepada peminat anda?

KIP: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana menyokong saya semasa perlumbaan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga saya atas sokongan berterusan mereka dan juga PETRONAS Sprinta Racing kerana menyokong saya di trek dengan komunikasi pasukan dan juga pemasangan motosikal saya.

Khairul Idham Pawi di Jerez

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan