Categories: Berita

YAMAHA YZF-R25 2020 dilancar dengan harga RM19,998

HONG LEONG YAMAHA MOTOR MEMPERKENALKAN YAMAHA YZF-R25 DENGAN WARNA DAN GRAFIK BARU UNTUK MALAYSIA! PEMBELI BOLEH PILIH ANTARA MATT SILVER DAN MATT BLUE.

Yamaha YZF-R25 telah berada dalam pasaran sejak 2014 dan ia agak terkenal antara para penunggang muda. Bagi 2020, motosikal ini mendapat warna serta grafik baru yang memberinya gaya lebih sporty. Motosikal ini sudah sedia di pengedar rasmi dari 17 Februari 2020. Yamaha YZF-R25 2020 mempunyai harga RM19,998 (tidak termasuk cukai jalan, insuran dan plat nombor).

Dari segi kerja badan, Yamaha YZF-R25 2020 mempunyai luaran 2019 yang telah dikemas kini. Gaya terkini seiras dengan jentera MotoGP, Yamaha YZR-M1. Seperti model 2019 sebelum, motosikal ini memapar lampu depan dwi LED dan kerja badan kemas kini memberi gaya agresif YZF-R1. Tambahan pula, motosikal ini datang dengan swis utama 3 in 1 sama dan instrumen Digital Multi-function terkini.

Baru 2020, para pembeli mempunyai pilihan antara Matt Silver dan Matt Blue. Dengan skema warna Matt silver baru, Matt blue bagi 2020 mempunyai nardo grey aksen sekitar motosikal. Seperti skema warna hitam R25 terdahulu, Matt silver R25 untuk 2020 mempunyai roda dengan aksen merah.

skema warna Matt Silver

skema warna Matt Blue

Bagi powertrain dan drivetrain, Yamaha YZF-R25 2020 memapar enjin 249cc dua silinder DOHC, sejukan cecair. Enjin ini disesuaikan dengan kotak gear enam-kelajuan yang mampu menjana 26.5kw/35.5 hp pada 12,000 rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000 rpm.

Motosikal ini mempunyai kaliper dwi omboh (dual piston) dengan cakera tunggal di depan dan kaliper omboh tunggal di belakang. Motosikal ini juga mempunyai berat 166kg dengan tangki minyak 14.3L yang mengikuti kemasan R1.

Related Post

GALERI YAMAHA YZF-R25 2020

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah