SKUTER ITALJET DRAGSTER EDISI TERHAD DENGAN SKEMA WARNA KHAS DENGAN FAIRING HITAM DAN RANGKA EMAS MAGNESIUM DIDEDAHKAN.

Italjet Dragster baru telar tular di Internet selepas ia didedahkan di EICMA 2019. Beberapa bulan yang lalu Italjet mengumumkan bahawa Dragster akan masuk produksi tahun ini. Untuk meraikan motosikal baru mereka, Italjet telah mendedahkan model edisi terhad baru.

ITALJET DRAGSTER EDISI TERHAD

Italjet Dragster edisi terhad datang dalam skema warna khas dengan fairing hitam dan rangka emas magnesium. Untuk model edisi terhad, Italjet kata hanya 499 unit akan dikeluarkan untuk varian 125cc dan 200cc.

Proses pratempah bagi Dragster mula pada bulan Mac; di mana para pembeli mendapat pilihan antara Anthracite/Red atau Anthracite/Yellow. Manakala, dengan skema warna baru, para pelanggan kini mempunyai pilihan untuk menukar ke skema warna khas ini. Memandangkan betapa cantiknya penampilan Italjet Dragster dengan warna hitam, kami berpendapat pembeli yang ingin mendapatkan barang koleksi ini harus membuat tempahan secepat mungkin.

Related Post

Italjet Dragster datang dengan sistem stereng bebas dengan front-arm satu sisi diperbuat daripada aloi aluminium aerospace yang dihubungkan bersama penyerap hentak boleh laras hydraulik BITUBO. Bagi enjin pula, Dragster boleh didapati dalam dua pilihan; 125cc atau 200cc: silinder tunggal empat-lejang sejukkan cecair; dengan suntikan elektronik Magneti Marelli dan DOHC. Versi 125cc menjana kuasa 14.9bhp dengan tork maksimum 12.5Nm. Enjin 200cc pula menjana 19.8bhp dan tork maksimum 17Nm.

Harga di Itali bagi versi 125cc adalah USD5,429: MYR23,214 manakala model 200cc mempunyai tanda harga USD6,108: MYR26,117. Menurut sumber, Dragster dijangka keluar pada bulan September 2020. Bagi Malaysia pula masih tidak ada pengumuman lagi; namun kami percaya hanya tinggal masa untuk Dragster memasuki pasaran Malaysia.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan