Harley Davidson Electric Motorbike | Sumber gambar: Robb Report

Pengilang motosikal Amerika mempunyai pelan untuk mengembangkan bisnes mereka kepada segmen baru dan motosikal elektrik baru LiveWire – yang mana kami mempunyai butiran baru di sini – hanyalah permulaan. Pada Consumer Electronics Show (CES) terkini di Las Vegas, Harley-Davidson mengambil peluang untuk mendedahkan beberapa konsep, dengan yang paling penting ialah sebuah skuter elektrik.

Elektrik skuter ini adalah sesuatu yang penunggang akan suka menunggang di sekitar bandar. Ketinggian tempat duduk yang rendah, reka bentuk yang ringkas dan futuristik, tempat duduk yang rata untuk memudahkan pergerakan, dan hendal gaya chopper yang memaparkan cermin pandangan belakang. Lampu depan LED besar dan bulat melengkapkan rupa konsep menarik ini.

Tetapi ada banyak lagi!

Related Post

Selain skuter elektrik, Harley-Davidson juga telah mendedahkan konsep kedua pada CES 2019. Ia juga adalah motosikal elektrik dan gaya motosikal tersebut kelihatan seperti mountain bike.

Dilengkapi dengan roda besar dan tayar yang lasak, suspensi panjang dan jarak dari tanah yang besar, basikal elektrik ini pasti seronok untuk ditunggang di laluan gunung.

Harley-Davidson masih belum mengesahkan rancangan mereka untuk kedua-dua konsep elektrik ini tetapi memandangkan jenama Amerika merancang untuk menghasilkan banyak lagi model baru dalam jangka masa yang singkat, dan mempunyai lebih banyak motosikal elektrik dalam portofolionya juga, kami menjangkakan motosikal ini akan menjadi pangkalan motosikal Harley-Davidson baru.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan