PASUKAN REPSOL HONDA MENUJU KE LITAR PHILLIP ISLAND UNTUK PERLUMBAAN SETERUS MEREKA.

Phillip Island Circuit | Sumber gambar: Austadiums

Selepas memenangi Riders and Constructors Championships, pasukan Repsol Honda kini ingin mengekalkan momentum mereka untuk seluruh perlumbaan. Pusingan ke-17 MotoGP World Championship 2019 akan berlangsung di Philip Island Australia. Ia terletak di Bass Strait dan telah menganjurkan beberapa perlumbaan yang paling mencabar beberapa tahun kebelakangan ini. Juara Dunia MotoGP Lapan kali akan mendapat peluang memecah rekod pelumba Australia Mick Doohan dengan 54 kemenangan kelas utama atas jentera Honda.

Australian GP akan bermula dengan Free Practice 1 pada Jumaat, 26 Oktober dan terus dengan 27 pusingan lumba MotoGP pada Ahad, 27 Oktober. Pada Jumaat terdapat sesi tambahan ketiga apabila Michelin mengadakan sesi uji tayar 20 minit pada pukul 15:55 masa tempatan.

MARC MARQUEZ (REPSOL HONDA TEAM)- APA YANG DIHARAPKAN?

Sumber gambar: HRC

Related Post

“Ia adalah salah satu litar kegemaran saya, Philip Island. Saya sangat seronok berlumba di situ – terutamanya pada sudut-sudut kiri! Tetapi ia adalah satu litar dimana kebanyakan pesaing dan terutamanya Yamaha amat kuat. Biasanya kami mempunyai banyak persaingan di sana dan ia akan menjadi cabaran seperti biasa. Sasaran kami ialah untuk cuba menang. Tetapi apabila hujung minggu bermula, kita akan lihat di mana kita berada dan menilai keadaan. Kami memasuki acara ini dengan mentaliti yang sama. Mick Doohan adalah satu nama pertama dalam ingatan saya. Doohan lawan Criville dengan 500cc. Jadi untuk menyamai angka yang luar biasa itu sangat istimewa untuk saya,” kata Marquez seperti dipetik dari Honda Racing Corporation.

JORGE LORENZO (REPSOL HONDA TEAM)- APA YANG DIHARAPKAN?

Sumber gambar: HRC

“Saya menanti-nantikan Phillip Island untuk mengetahui sama ada apa yang kami dapati di Jepun juga boleh membantu kami di sana kerana ia adalah jenis litar yang sangat berbeza. Saya tidak dapat berlumba di sana tahun lepas jadi saya tidak sabar untuk lumba lagi, ia adalah litar khas dan pada masa lalu saya mempunyai kenangan baik untuk memperjuangkan podium dan kemenangan saya. Kita juga perlu memberi perhatian kepada cuaca kerana ini boleh mengubah banyak keadaan.”

Sumber gambar: HRC

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan