PELUMBA SEPANYOL INI AKAN MEMPERTAHANKAN PASUKANNYA BAGI TRIAL-E WORLD CUP 2020.

Albert Cabestany | Sumber gambar: GasGas Factory Racing

GasGas Factory Racing baru mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Albert Cabestany untuk FIM Trial-E World Cup 2020. Pelumba Sepanyol ini akan membantu GasGas dalam pembangunan jentera elektrik. Dia akan mewakili jenama dan bersaing dengan mengguna GasGas TXE. GasGas Motorcycles telah memenangi kejuaraan ini tiga kali. Dengan pengalaman Cabestany, jenama ini merancang untuk mengekalkan momentum tersebut.

Albert telah mencapai sembilan kemenangan dan lebih daripada 80 keputusan podium sepanjang kerjaya 21 tahun FIM Trial World Championship. Dia akan menyertai GasGas Factory Racing bersama Jorge Casales.

Tiga pusingan FIM Trial-E World Cup 2020 akan berlangsung di Andorra, Itali dan Perancis.

Related Post

ALBERT CABESTANY

“Saya tidak sabar dengan peluang hebat ini dengan GasGas Motorcycles. Memenangi Trial-E World Cup tahun ini dengan TXE memberi saya gambaran sebenar mengenai potensi motosikal ini. Saya sangat kagum dengan keupayaannya dan tahu kami mampu meningkatkan tahap sekali lagi pada 2020. Ia akan jadi sangat seronok untuk mempertahankan kejuaraan saya dan berharap untuk memberi GasGas kejuaraan keempat mereka,” kata Cabestany seperti dipetik dari GasGas Factory Racing.

JOSEP ALONSO – PENGURUS PASUKAN GASGAS FACTORY RACING, TRIALS

Sumber gambar: FIM

“Kami teruja untuk mengalu-alukan pelumba yang berpengalaman dan berbakat seperti Albert ke GasGas Factory Racing. Albert jelas pelumba contoh dalam dunia trials. Dengan sejarah perlumbaan dan pengalamannya dengan motosikal elektrik dia menjadi aset yang hebat untuk pasukan. Kami akan bekerja keras untuk mempertahankan gelaran Trial-E World Cup dan untuk terus membangun motosikal GasGas TXE.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan