Categories: Berita

Motosikal Elektrik NIU RQi akan dilancar tidak lama lagi

MOTOSIKAL DUA RODA ELEKTRIK INI AKAN MEMBUAT DEBUT ANTARABANGSA TIDAK LAMA LAGI.

NIU RQi akan dilancar tidak lama lagi| Sumber gambar: Electrek

Tahun lalu, syarikat mobiliti elektrik China NIU melancarkan konsep motosikal elektrik berorientasikan prestasi. Dikenali sebagai RQi, motosikal elektrik itu pada awalnya dijadualkan untuk membuat debut global pada suku kedua tahun 2020. Walau bagaimanapun, kita semua sedar apa yang 2020 bawa kepada dunia.

Dengan itu, pelancaran RQi ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Namun, baru-baru ini, berita muncul bahawa RQi sebenarnya akan dilancarkan tidak lama lagi, sekurang-kurangnya di pasaran China. Laporan dari Electrek mengatakan bahawa syarikat itu mengadakan acara pelancaran produk untuk barisan skuter elektrik dan beberapa moped elektrik. Semasa acara tersebut, RQi membuat penampilan mengejutkan, menandakan bahawa motosikal elektrik berorientasikan prestasi tidak lama lagi akan dilancarkan. Apa yang lagi menarik adalah motosikal sebenar kelihatan seperti motosikal konsep yang dilancarkan pada tahun 2020, dan dijangka akan dilancarkan pada separuh akhir tahun ini.

Related Post

NIU RQi memiliki keserupaan yang luar biasa dengan Husqvarna Vitpilen, dengan gaya retro-moden. Selain itu, NIU RQi juga kelihatan seperti motosikal elektrik lain yang kini dibangunkan oleh syarikat elektrik Nepal, Yatri Project Zero. Walau bagaimanapun, dari segi teknologi, NIU RQi menonjol oleh kerana ciri-ciri premiumnya, dan yang paling penting, prestasi yang mengagumkan.

Di tengah motosikal elektrik ini terdapat motor elektrik 30kW yang dipasang di tengah yang menjana sekitar 40 kuasa kuda. Ini memindahkan semua tenaga ini ke roda belakang melalui sistem belt-drive, dengan kelajuan tertinggi yang dituntut 100 (160 km/j) batu per jam, dan jarak 80 (128km) batu yang mengagumkan dalam satu cas. Di samping itu, RQi mendapat sambungan 5G terbina dalam, yang memberi jalan kepada banyak ciri IOT seperti sistem anti-kecurian (anti-theft system), navigasi GPS, kemas kini OTA, dan banyak lagi.

Memandangkan NIU memiliki kehadiran yang kuat di seluruh Asia dan Eropah, terdapat kemungkinan, setelah tersedia untuk beberapa bulan di pasaran China, RQi baru akan mulai masuk ke Eropah dan juga pasaran Asia yang lain, sebelum memasuki pasaran Amerika Utara.

SUMBER: Rideapart

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah