Categories: Berita

Yamaha X Force dilancar di Jepun dengan ABS dan kawalan traction

YAMAHA JEPUN TELAH MENDEDAHKAN LATEST X-FORCE TERKININYA, SKUTER RINGAN BAHARU YANG AKAN DILANCAR PADA 28 JUNE 2022.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha telah pun melancar skuter terbaru di pasaran Jepun yang akan dipasarkan mulai 28 Jun ini.

Yamaha X Force ialah skuter kompak bandar terbaharu yang diperkenalkan dan dikuasakan oleh enjin silinder tunggal Blue Core 155cc yang menawarkan 15hp pada 8,000rpm dan 14Nm pada 6,500rpm.

Menurut Yamaha, X Force bukan sekadar skuter kompak biasa, sebaliknya model terbaru ini didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri moden yang sering ditemui pada skuter berkapasiti besar.

Related Post

Untuk itu, Yamaha X Force dilengkapi dengan sistem kawalan cengkaman dan sistem Bluetooth untuk telefon pintar.

Skuter ini turut dilabelkan sebagai ‘Master of Street Scooter’ nama panggilan sama yang diberi oleh Yamaha kepada model MT sebagai ‘Master of Torque’.

Bagi memastikan perjalanan lancar dan tangkas di kawasan bandar, jarak antara tayar (wheelbase) X-Force hanya 1,340mm manakala ketinggian tempat duduk hanya 815mm. Yamaha juga memastikan reka bentuk tempat duduk sesuai untuk semua jenis ketinggian penunggang.

Walaupun bersaiz padat, Yamaha X-Force ini didatangkan dengan ruang storan 23.2L dan mempunyai dua pembawa topi keledar. Model ini juga praktikal dengan kehadiran tangki 6.1L dan port pengecas USB.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah