Categories: Berita

TERKINI: Kawasaki ZX-25R bakal masuk Malaysia pada 2023

EMOS TELAH MENGUMUMKAN BAHAWA KAWASAKI ZX-25R AKAN MEMASUKI MALAYSIA PADA 2023.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengedar baharu jenama motosikal Kawasaki di Malaysia, Edaran Modenas (EMOS) mengesahkan model ZX-25R bakal memasuki pasaran Malaysia tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODENAS, Roslan Roskan mengesahkan perkara itu dalam mesyuarat di kilang MODENAS, Gurun, Kedah, semalam.

Related Post

Pengesahan itu turut menyaksikan Malaysia menyertai Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam yang akan menawarkan model unik itu tidak lama lagi.

Roslan mengesahkan model itu akan memasuki Malaysia tetapi isu sama ada ia pemasangan tempatan (CKD) atau CBU masih dalam perbincangan dengan Kawasaki.

Kawasaki ZX-25R menampilkan enjin 4-sebaris DOHC 249.8cc yang menawarkan 50hp pada 15,500rpm (51hp dengan Ram Air) dan 22.9Nm pada 14,500rpm dengan nisbah mampatan 11.5: 1.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah