Categories: Berita

MODENAS Vulcan S 650 akan dilancar tahun ini

MODENAS TELAH MENGESAHKAN VULCAN S 650 AKAN DIKELUARKAN AKHIR TAHUN INI MANAKALA VERSYS 650 AKAN DILANCAR PADA 2023.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

MODENAS akan memasang beberapa model 650cc melalui CKD untuk pasaran negara. Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, mengesahkan antara model yang akan dipasang secara tempatan termasuk Versys 650, Ninja 650 dan Z650.

MODENAS akan memperkenalkan model 650cc seawal akhir tahun ini menerusi model Vulcan S 650.

​​Vulcan S 650 akan dijenamakan semula sebagai MODENAS dan akan dipasarkan pada hujung tahun 2022. Vulcan S 650 akan dikuasakan oleh enjin kembar selari 649cc yang menawarkan 60 hp pada 7,500rpm dan tork 63Nm pada 6,600rpm.

Related Post

Sementara itu, berita baik untuk kaki ‘touring’, kerana MODENAS juga akan menjenamakan semula model ‘sport tourer’ popular, Versys 650. Roslan mengesahkan model itu akan dilancar tahun depan.

MODENAS Versys 650 akan berasaskan model Kawasaki Versys 650 terbaharu yang didatangkan dengan peningkatan terkini termasuk skrin TFT dan fungsi ‘traction control’.

Seperti Vulcan S, Versys 650 juga dikuasakan oleh enjin kembar selari 649cc dan menawarkan 65.7hp pada 8,500rpm dan tork 61Nm pada 7,000rpm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah