Categories: Berita

Aston Martin dan Brough Superior sedang uji AMB 001!

AMB 001 OLEH ASTON MARTIN DAN BROUGH SUPERIOR SEDANG MELALUI UJIAN DYNAMIK DI LITAR PAU-ARNOS DI PERANCIS.

Pada 5 November 2019, Aston Martin menonjol motosikal pertama mereka, AMB 001. AMB 001 yang dipamerkan di acara motosikal EICMA 2019 adalah projek usaha sama antara Aston Martin dan jenama motosikal British, Brough Superior.

Terhad kepada hanya 100 unit di seluruh negara, motosikal trek sahaja ini sedang melalui ujian menyeluruh. Dalam video acah terkini Aston Martin di Youtube; motosikal ini sedang melalui ujian dynamik yang bermakna motosikal ini semakin hampir untuk dilancar.

SPEK AMB 001

AMB 001 memaparkan enjin V-kembar 88-darjah (sejukkan Air dan Minyak) pengecas turbo DOHC 8 injap 997cc. Dipasang pada kotak gear enam-kelajuan dan chain final drive, motosikal ini mampu menghasil 180bhp!

Untuk badan AMB 001 datang dengan beberapa bahagian gentian karbon. Selain daripada itu, oleh sebab struktur badan ringan lain dan kegunaan bahan aerospace, berat motosikal ini hanya 180kg; yang memberi nisbah kuasa-ke-berat 1hp sekilogram!

Related Post

Bagi casis, enjin V-kembar pengecas turbo duduk atas CNC ringan. Tambahan pula, rangka belakang gentian karbon dengan komponen titanium casis melengkapkan casis berteknologi tinggi. Untuk suspensi dan brek; Aston mengatakan bahawa fork Fior double-wishbone billet AMB 001 dan system brek dibangunkan oleh pakar brek perlumbaan memastikan keselamatan dan pengendalian yang terbaik.

AMB 001 turut mendapat rawatan mewah yang sama dengan kereta Aston Martin; dari tempat duduk kulit berkualiti tinggi hingga genggam buatan tangan dan logo Aston yang dipotong laser; motosikal adalah contoh kesempurnaan buatan tangan yang luar biasa.

Oh, lihat juga Inferno Red AMB 001 bertanda 002/100 ini!

 

HARGA DAN PELANCARAN

Untuk harga, AMB 001 trek sebenarnya adalah Aston Martin jenama paling murah yang anda dapat dengan harga hanya 108,000 Euro atau MYR 530,800! Motosikal ini akan bersaing dengan motosikal seperti Kawasaki Ninja H2R dan Ducati V4 Superleggera. Kami yakin Aston Martin akan melancarkan motosikal ini pada akhir tahun ini dan memandangkan model ini terhad, kami rasa motosikal akan habis dijual dalam beberapa minit.

Sumber: Aston Martin

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah