AWAL TAHUN INI KAMI TELAH MELAPORKAN TENTANG HARLEY-DAVIDSON 338CC YANG DIBINA BERSAMA DENGAN QIANJIANG  MOTOR/ BENELLI YANG AKAN MASUK PRODUKSI JUN INI DAN INI ADALAH KEMAS KINI TERKINI MENGENAI BABY HARLEY.

Harley Davidson mengumumkan strategi penumbuhan “More Roads to Harley Davidson” pad 2017. Sejak itu, Harley telah sibuk membuka jalan ke arah pembangunan barisan motosikal berlainan. Antara produk barisan baru ketika itu, matlamat Harley adalah untuk memasuki motosikal-motosikal kecil yang dibina khas untuk pasaran Asia.

Pada Disember 2019, – Harley telah bekerjasama dengan pengeluar motosikal Cina, Qianjing – pemilik Benelli untuk membangun sebuah motosikal yang bertujuan khusus untuk pasaran Asia.

Walaupun strategi “More Road to Harley Davidson” sudah lama berlalu dan telah digantikan dengan “Rewire”, strategi baru tersebut menyebutkan bahawa hubungan dengan Qianjian akan tetap seperti biasa. Maka, masih ada harapan untuk Harley kecil ini!

Anda mungkin benci atau suka idea ini; namun, bagi kami, rancangan Harley untuk melancar motosikal yang lebih kecil untuk pasaran Asia kelihatan seperti idea hebat. Kenapa? Motosikal yang lebih kecil popular di rantau Asia dan dengan lencana premium HD, ia pasti akan berjaya.

MAKLUMAT BOCOR

Selepas perkongsian itu, rancangan produksi Benelli bocor dan lebih banyak berita mengenai “Baby Harley” ini muncul. Dalam kebocoran ini, 338cc “HD 338” yang dijadualkan pada bulan Jun adalah antara senarai model motosikal Benelli yang akan datang untuk tahun 2020 merebak seperti api.

Related Post

Berikutan itu, desas-desus mulai sebar bahawa Harley Davidson 338cc baru akan berdasarkan Benelli 302S. Beberapa bulan kemudian wabak COVID-19 merebak dan kita sudah berada di bulan Jun 2020. Oleh itu, anda tertanya-tanya apa yang berlaku pada Harley 338cc ini; berikut adalah khabar angin dan perincian terkini yang kami ada untuk anda.

KEMAS KINI TERKINI

Menurut Cycle World, QJ350-13 350cc Qianjian / QJ Motor mungkin adalah pratonton “Baby Harley”. Jika anda tertanya-tanya apa yang terjadi pada tanda nama “HD338” dan enjin 338cc, ini adalah sesuatu yang anda perlu tahu. Semasa upacara menandatangani projek freeze, motosikal ini juga digelar sebagai “Projek HD 350”, jadi seperti spekulasi Cycle World, kami juga berpendapat bahawa motosikal yang akan datang ini kemungkinan besar adalah motosikal 350cc. Jadi adakah itu bermaksud Baby Harley / HD 350 akan menjadi versi QJ350 yang direka bentuk semula dan rebadge? Ya, ada kemungkinan besar!

QJ Motor sudah melancarkan SRK600 yang menurut kita semua berdasarkan Benelli TNT600i akan datang. Selain itu, kami juga berspekulasi bahawa QJ350-13 kemungkinan besar menjadi motosikal Benelli 352s yang akan datang untuk pasaran lain.

Speksifikasi dan perincian mengenai QJ350-13 agak terhad buat sementara waktu. Namun, laporan mendakwa enjin kembar selari 353cc akan menjana 36hp. Walau bagaimanapun, jika QJ350-13 mendapat lencana sebagai Harley atau Benelli; enjin dan komponen lain kemungkinan besar akan diubah untuk memberikan output enjin yang lebih tinggi.

Apakah pendapat anda mengenai baby Harley HD 350?

Sumber: Cycle World 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan