Categories: Berita

Syarikat Herald menampilkan konsep baru Brute 500 di Motorcycle Live.

Syarikat kecil motosikal Herald telah melancarkan konsep barunya, Brute 500, di Motorcycle Live, yang bertujuan untuk menjadi motosikal pertama yang dibina British.

Berpusat di Cambridgeshire, kebanyakan motosikal yang Herald keluarkan terdiri daripada motosikal klasik, vintaj dengan prestasi luar biasa. Selama hampir 10 tahun, Herald telah mengimport motosikal retro berkapasiti rendah dari China dan kini mampu mengeluarkan motosikal tersendiri mereka.

Related Post

Brute 500 baru ini direka dan dipasang di UK termasuk keseluruhan rangkanya, ekzos, kerja badan, tempat duduk dan kesemua komponen mesin.

Ia mempunyai enjin silinder tunggal empat lejang yang A2 license-friendly dengan kapasiti sebanyak 449cc. Enjin ini mampu menjana kuasa sebanyak 42.9 bhp dengan transmisi enam kelajuan dengan gaya kontemporari street-tracker.

Motosikal ini juga dilengkapi dengan suspensi depan dan belakang yang boleh dilaras dengan penyerap hentak belakang menggunakan sistem hubungan terapung yang unik. Terdapat juga suis Domino Itali dan papan pemuka Koso Taiwan.

Motosikal ini masih dalam fasa ujian dan harga masih belum ditentukan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah