KEMAS KINI COVID-19: OLEH SEBAB WABAK CORONAVIRUS YANG BERTERUSAN ARGENTINA GP TELAH DITANGGUHKAN.

Awal hari ini kami mendapat pengumuman tentang penangguhan America GP. Beberapa minit lalu, FIM, IRTA dan Dorna Sports telah membuat pengumuman rasmi tentang penangguhan Gran Premio Motul de la Republica Argentina. Ia dijadualkan untuk 17 hingga 19 April 2020. Manakala, Argentina MotoGP telah dijadualkan semula untuk musim ini. Ia akan berlangsung dari 20 hingga 22 November oleh sebab wabak coronavirus.

KENYATAAN RASMI:

“Rabu, 11 Mac 2020

FIM, IRTA dan Dorna Sports menyesal mengumumkan penangguhan Gran Premio Motul de la Republica Argentina.  Ia dijadualkan untuk 17 hingga 19 April 2020. Disebabkan wabak coronavirus yang sedang berterusan, acara itu telah dijadualkan semula pada musim ini. Ia kini akan bermula dari 20 hingga 22 November.

Related Post

Gran Premio Motul de la Comunitat Valenciana kini akan diadakan dari 27 hingga 29 November.

Red Bull Grand Prix of the Americas mengekalkan tarikh barunya. Dari 13 hingga 15 November, seminggu sebelum Gran Premio Motul de la Republica Argentina dijadualkan.

Mengikut penukaran jadual, musim 2020 kelas MotoGP kini akan bermula dengan Gran Premio Red Bull de España di Circuito de Jerez-Angel Nieto dari 1 hingga 3 Mei 2020.

Tarikh untuk uji Moto2 dan Moto3 di Valencia dan uji MotoGP di Jerez pada hujung minggu akan diputuskan sebaik sahaja musim bermula.”

Sumber: MotoGP

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan