Categories: Berita

Motosikal kapaciti rendah berjaya di New Zealand pada 2018!

Suzuki GSX-R150 | Sumber gambar: Tempo

Suzuki New Zealand memang memanfaatkan industri motosikal tempatan dengan 150cc GSX150 yang diluluskan yang juga merupakan jualan motosikal terbaik 2018 dengan 310 motosikal dijual kepada penunggang Kiwi.

Simon Meade, Pengurus Besar Motorcycle Marketing bagi Suzuki New Zealand telah saksikan bahawa penunggang muda memilih motosikal sebagai satu pilihan berpatutan. Jualan lima motosikal hangat 2018 ialah Kawasaki Ninja 400, Royal Enfield Classic, Harley-Davidson’s Street 500 dan Yamaha’s MT-03.

Menurut nombor dari Motor Industry Association, sebanyak 6482 motosikal baru telah didaftarkan tahun lepas dan kebanyakan motosikal yang paling popluar adalah motosikal entry-level, termasuk GSX 150 Suzukifest.

Kawasaki Ninja 400 | Sumber gambar: WebBikeWorld

Related Post
“Kejayaan Gixxer 150 bermula sejak pengenalannya dan hasil jualan masih meningkat,” dia berkata.

“Kami sangat gembira untuk melihat penunggang muda yang suka gaya dan harga yang rendah memilih penggunaan motosikal sebagai pilihan pengangkutan pertama mereka.”

Ketua Pegawai Eksekutif MIA, David Crawford, juga berkata peningkatan dalam harga bahan api serta sifat murah dari kelas LAMS motosikal menyumbang kepada populariti model kapasiti lebih rendah pada tahun 2018.

“Kami jangka terdapat kenaikan bilangan jualan motosikal kerana keperluan perjalanan,” katanya.

Sejak LAMS muncul pada 2012, kebanyakan pengedar NZ kini menyumber banyak model LAMS dan kemampuan mereka bermakna penunggang mempunyai lebih banyak pilihan jadi kami kini lihat ada jualan di situ kerana motosikal dengan kacapciti besar memerlukan pelaburan yang lebih besar, “katanya kepada Driven.

“Pendapat saya adalah sektor akhir pasaran yang lebih kecil adalah lebih murah, dan saya fikir ia digunakan terutamanya sebagai kemudahan. Kami melihat skuter yang digunakan sebagai satu kemudahan dan jika mereka tidak suka kekurangan kuasa dari skuter ini, mereka akan beralih ke skuter yang lebih besar [yang memerlukan lesen motosikal] atau motosikal kecil”.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah