sumber gambar: Hazan Motorworks

Maxwell Hazan dan syarikatnya, Hazan Motorworks tidak asing dengan para penunggang motosikal yang menikmati motosikal kustom. Dari bengkelnya di California Selatan, kami telah melihat beberapa motosikal buatan tangan khas.

Kali ini pula, Hazan Motorworks sedang bekerja pada maxi-motard!

Projek ini dinamakan Maxwell Hazan seperti HazanSMR, dan pada terasnya kami dapat lihat enjin V-kembar KTM LC8 dengan 932 cc yang memberi 110 hp pada setiap input pendikit. Yang paling hebat adalah berat motosikal ini yang tidak akan melepasi 140 kg! Motosikal maxi-motard dengan 110 hp dengan berat 140 kg tidaklah teruk sangat.

Related Post

Keseluruhan kerja badan besi adalah buatan tangan, sesuatu Hazan Motorworks dikenali untuk dan Maxwell juga mengubah suai beberapa unsur lain seperti sub-frame dan posisi radiator.

Untuk suspensi, pilihan diberi kepada WP pada kedua-dua hujung dan roda disumber dari Marchesini dan dibuat daripada magnesium untuk memberi gaya lebih eksotik. Dilengkapi dengan dua cakera di depan yang dipadankan dengan caliper Brembo, maxi-motard HazanSMR ini akan menjadi syaitan wheelie di trek perlumbaan, terutama jika kita menganggap bahawa Maxwell memilih untuk menggunakan tayar licin untuk lebih cengkaman dan ketangkasan.

Untuk melengkapkan perubahan secara keseluruhan, terdapat juga sistem ekzos buatan khas dari Akrapovic, dan enjin silinder kembar LC8 yang kuat juga mendapat rawatan istimewa dengan sepasang karburetor Keihin FCR 41.

Maxwell Hazan sudah mengambil maxi-motard HazanSMR untuk sesi uji di trek, dan anda boleh menikmati rakaman ini di sini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah