Categories: Berita

BMW S 1000 RR 2019 akan memasuki pasaran India tidak lama lagi

BMW S 1000 RR | Sumber gambar: BMW Group PressClub

BMW Motorrad India telah mengumumkan S 1000 RR 2019 baru akan memasuki pasaran India. Melalui saluran sosial media mereka, syarikat ini telah mendapat banyak perhatian daripada berita serta peminat motosikal yang teruja untuk pelancaran motosikal ini.

Diperkenalkan di acara motosikal EICMA tahun lepas, superbike ini akan menggantikan S 1000 RR kini pada pertengahan tahun 2019 dan mungkin mempunyai harga sebanyak Rs 2.5 lakh lebih yang bermakna motosikal baru ini akan mempunyai harga sebanyak Rs 20.5 lakh.

Related Post

S 1000 RR 2019 mendapat naik taraf yang mengagumkan. Selain daripada kerja pada badan, lampu isyarat depan motosikal ini telah dipindahkan ke cermin dan lampu belakang telah diintegrasikan pada lampu isyarat belakang. Motosikal ini juga dilengkapi dengan lampu depan LED dan sebuah konsol instrumen warna TFT 6.5-inci yang mempunyai Bluetooth dan navigasi.

Motosikal ini dikuasai oleh sebuah motor dengan 999cc yang menghasilkan 210 ps pada 13,500 rpm dan tork maksimum pada 10,500 rpm dengan teknologi ShiftCam. Ia juga mempunyai 4 mod menunggang iaitu, Rain, Road, Dynamic dan Race. Terdapat juga Dynamic Damping Control (DDC) sebagai pilihan yang akan menambah elektronik damping ke pakej suspensi yang boleh dilaras sepenuhnya.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah