Categories: Berita

James Toseland digelar sebagai duta untuk Triumph.

Kebanyakan jenama biasanya akan mengguna orang yang terkenal untuk mempromosikan produk mereka dan jenama motosikal tidak dikecualikan. Triumph motorcycles telah memilih James Toseland, bekas pelumba untuk mewakili mereka.

Juara dua kali World Superbike dan bekas pelumba MotoGp, Toseland dikenali di seluruh dunia dan Triumph mengambil kesempatan daripada kejayaanya untuk mempromosikan produk-produk baru serta projek perlumbaan mereka. Tambahan pula, pengilang British akan menyerahkan enjin Moto2 baru, 3 silinder 765 cc yang diperolehi daripada Street Triple naked sebagai titik permulaan kepada perkongsian mereka.

Toseland akan menjadi duta jenama untuk Triumph motorcycles yang akan mempromosikan projek Moto2 mereka di litar kepada seluruh dunia. Beliau telah pun memulai misi duta dengan menonjolkan keupayaan motosikal Triumph Moto2.

Related Post

Dalam masa yang akan datang, kami percaya James Toseland juga akan membantu Triumph dengan memberi kepakarannya bagi pembangunan motosikal baru mereka yang akan dikeluarkan pada masa depan.

Bagi Carl Fogarty, bekas pelumba yang terkenal dan dikaitkan dengan Triumph untuk masa yang lama, tidak memberi sebarang pengesahan yang beliau akan meneruskan wataknya sebagai duta jenama. Sebenarnya, Fogarty kini sedang bekerja dengan jenama British, CCM untuk membangunkan motosikal mereka. CCM juga telah mendedahkan motosikal baru mereka, CCM Spitfire Foggy edition, yang berasaskan 600 cc Spitfire platform di acara motosikal EICMA Milan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah