Categories: Berita

Ducati Panigale V4 dan V4 S 2022 kini di Malaysia dari RM145,900

DUCATI PANIGALE V4 2022 KINI DATANG DENGAN DUA MODEL DENGAN NAIK TARAF PENUH DAN PAKEJ ELEKTRONIK YANG DIPERBAIKI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Ducati Malaysia secara rasminya telah melancarkan Ducati Panigale V4 2022 untuk pasaran tempatan. Motosikal itu didatangkan dalam dua varian iaitu Panigale V4 dan V4 S. Kedua-dua model itu masing-masing berharga RM148,900 dan RM188,900. Untuk tahun 2022, terdapat beberapa penambahbaikan, terutamanya dalam enjin, casis, panel badan dan pakej elektronik.

Pertama, bahagian panel badan kini telah dinaik taraf dengan penambahan corong udara untuk meningkatkan tahap haba enjin. Bukan itu sahaja malah corong udara di sebelah itu juga bertujuan untuk menyejukkan quickshifter.

Selain itu, Ducati turut menaik taraf nisbah gear dengan gear 1, 2 dan 6 kini tampil dengan nisbah yang lebih panjang berbanding model 2021.

NISBAH GEAR YANG LEBIH PANJANG BERTUJUAN UNTUK MEMASTIKAN ALIRAN KUASA ENJIN 1103CC V4 LEBIH TERKAWAL TERUTAMA PADA RPM RENDAH.

Enjin V4 kini menawarkan 215.5hp berbanding 214hp pada model sebelumnya. Bagaimanapun, pengguna juga boleh menaik taraf kepada ekzos Akrapovic (sistem penuh) yang boleh meningkatkan kuasa sehingga 225hp serta 5kg lebih ringan daripada ekzos standard.

Related Post

Peningkatan kuasa itu disebabkan oleh peningkatan pada bahagian ‘underslung exhaust’ yang kini 18 peratus lebih besar selain sistem penyejukan yang lebih cekap.

Manakala bahagian tangki pula kini menawarkan kapasiti 17L ​​naik 1L berbanding model sebelum ini. Ducati juga telah mereka bentuk semula bahagian tangki untuk memastikan ‘penunggang’ dapat meletakkan lengan di sisi tangki dengan lebih baik.

Bahagian kaki kini mencengkam bahagian bawah tangki dengan lebih baik apabila menggunakan brek secara mengejut untuk memastikan jentera masih terkawal. Ciri lain yang turut ditambah baik ialah reka bentuk winglet yang walaupun lebih kecil, masih menghasilkan daya turun 37kg pada kelajuan 300km/j.

Ducati Panigale V4 S 2022 turut dinaik taraf dengan fork depan Ohlins NPX 25/30 boleh laras secara elektronik. Fork depan juga menawarkan jarak pergerakan 5mm lebih panjang berbanding kepada 125mm sebelumnya. Pada masa yang sama, skrin paparan TFT juga telah direka bentuk semula dan kini didatangkan dengan dua lampu anjakan gear LED di bahagian atas.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah