CLEVELAND CYCLEWERKS SEDIA UNTUK MENDEDAH BASIKAL -E, MOPED-E DAN MOTOSIKAL-E BARU.

Cleveland CycleWerks | Sumber gambar: Fresh Water Cleveland

Pengasas bersama Cleveland CycleWerks, Scott Colosimo telah menghasil motosikal ringan dan berpatutan berkuasa gas untuk lebih satu dekad. Kali ini pula, firma ini sedia untuk memperkenalkan platform e-mobility baru dengan nama, The Falcon, pada 20 Mac di Crawford Auto dan Aviation Museum.

Menurut Colosimo, seorang profesor dan graduan dari Cleveland Institute of Art Transportation Design, dia berjanji kebanyakan peminat motosikal akan kagum dengan pengumuman. Walaupun kurang informasi, ramai sudah menjangkakan platform baru.

“Bukan sahaja motosikal, kami mempunyai platform teknologi yang kami akan lancar,” dia kata seperti dipetik dari Fresh Water Cleveland. “Bagi pengguna, ia adalah motosikal-e.”

Sumber gambar: Fresh Water Cleveland

FALCON MENUKAR DARI BASIKAL ELEKTRIK KEPADA SATU MOTOSIKAL.

“Kenderaan ini akan berubah dengan pengguna. Jika anda ingin basikal elektrik, kami boleh kunci sistem jadi ia hanya adalah e-basikal. Jika anda tidak peduli dan anda mempunyai lesen penuh motosikal, maka ia akan sepenuhnya jadi motosikal.”

Related Post

Kini, terdapat dua model dalam reka bentuk awal Falcon, iaitu Falcon 01 dan Falcon BLK. Kedua-dua motosikal ini mempunyai sambungan Bluetooth dan mengambil satu jam setengah untuk caj sepenuhnya.

Sumber gambar: Fresh Water Cleveland

Pengeluaran motosikal ini akan berlaku di Cleveland. Ia akan terdiri daripada kebanyakan rakan kongsi tempatan, dengan jumlah lebih dari 20 pengeluar.

“Kebanyakan mereka berada di Ohio. Ini kenderaan Cleveland-centric. Ini mengenai menyokong Cleveland, memberi pekerjaan pembuatan dan pekerjaan berteknologi. Saya fikir masa depan Cleveland adalah dalam pengeluaran dan mengintegrasikan teknologi ke dalam pengeluaran. Sekarang adalah masa untuk mula memberi tumpuan kepada Cleveland.”

CycleWerks bertujuan untuk mengekalkan basikal dalam julat harga yang berpatutan. Model pertama akan dijual pada harga $ 7,000 hingga $ 15,000.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan