Categories: Berita

Yamaha MT-15 kini dalam tiga warna untuk 2022

YAMAHA MT-15 TURUT MENDAPAT PENINGKATAN HARGA DAN MODEL INI KINI DITAWARKAN PADA RM12,298.

Yamaha MT-15

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan pilihan warna baharu untuk model naked, MT-15.

Bagi Yamaha MT-15, motosikal itu kini didatangkan dalam tiga warna baharu iaitu Icon Blue, Midnight Black dan Cyan Storm.

Related Post
Midnight Black
Cyan Storm
Icon Blue

HLYM juga telah mengemas kini harganya untuk 2022 yang menyaksikan MT-15 kini ditawarkan pada harga RM12,298 (sehingga RM310) berbanding RM11,988 sebelum ini.

Kenaikan harga itu dijangka berikutan kesan susut nilai Ringgit serta peningkatan kos bahan yang dialami pasaran dunia ketika ini.

Sementara itu, tiada perubahan spesifikasi diumumkan selain menyaksikan MT-15 kekal menawarkan enjin satu silinder 155cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 19hp pada 10,000rpm dan tork 14.7Nm pada 8,500rpm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah