Categories: Berita

Ducati Scrambler Urban Motard & Scrambler 1100 Tribute PRO dilancar

DUCATI LANCAR SCRAMBLER 1100 TRIBUTE PRO DAN URBAN MOTARD DARI  RM68,900.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Selepas membuat kemunculan dalam episod 2 Ducati World Premier 2022 yang berlangsung pada Oktober tahun lalu, Ducati Scrambler Urban Motard dan Scrambler 1100 Tribute PRO kini dilancarkan untuk pasaran negara.

Muncul dalam warna kuning ‘Giallo Ocra’, Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO turut menampilkan logo Ducati klasik yang direka oleh Giugiaro selain meraikan pengenalan enjin silinder kembar pertama yang dijual oleh Ducati pada 1971.

Tribute PRO dikuasakan oleh enjin L-Twin 1,079cc dengan Desmodromic Distribution dan penghawa dingin yang menawarkan 86hp @ 7,500rpm dan 88Nm @ 4,750rpm. Model ini turut menawarkan mod tunggangan PRO serta Ducati Traction Control.

Related Post

MENURUT DUCATI MALAYSIA, DUCATI SCRAMBLER 110 TRIBUTE PRO DIPASARKAN PADA RM85,900.

Berbanding Tribute PRO yang menawarkan elemen klasik, Ducati Scrambler Urban Motard mencerminkan imej yang lebih segar dan moden untuk golongan muda.

Tersedia dalam warna putih dan merah, Urban Motard ini menggabungkan ciri-ciri Scrambler Nightshift dan Desert Sled dengan penggunaan ‘side plates’, tempat duduk rata dan ‘mudguards’ tinggi.

Urban Motard Scrambler juga dikuasakan oleh enjin L-Twin 803cc sama yang terdapat pada varian Icon/Nightshift dan menawarkan 73hp pada 8,250rpm dan 66.2Nm pada 5,750rpm.

Ciri-ciri lain termasuk kerangka keluli tiub, monoshock Kayaba boleh laras (belakang), rim jejari aluminium bersama cakera brek depan 330mm dengan angkup brek 4-omboh dan cakera brek belakang 245mm dengan angkup brek 1-omboh. Ia juga dilengkapi dengan ABS selekoh BOSCH dan paparan digital LCD.

DUCATI SCRAMBLER URBAN MOTARD DIDATANGKAN DENGAN TANDA HARGA RM68,900 (TERMASUK CUKAI JALAN DAN INSURANS).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah
Tags: Utama