Categories: Berita

MForce bersedia untuk mengambil alih pengedaran CFMoto di Malaysia

MFORCE BIKE HOLDINGS SDN BHD AKAN MENGGANTIKAN KTNS HOLDINGS SDN BHD SEBAGAI PENGEDAR RASMI CFMOTO DI MALAYSIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

MForce Bike Holdings Sdn Bhd akan memikul tugas sebagai pengedar baharu jenama CFMoto di Malaysia.

Menurut sumber, MForce akan mengambil alih tugas pengedar CFMoto di Malaysia daripada KTNS Holdings Sdn Bhd.

Pengambilalihan itu akan mengukuhkan status MForce di Malaysia sebagai pengedar. Kepimpinan baharu akan datang dengan pelbagai tawaran. Ia juga mengedarkan jenama lain seperti Benelli, Keeway, WMOTO, SYM, Moto Morini, QJMotor, SM Sport dan Brixton Motorcycles.

Related Post

Walau bagaimanapun, berita mengenai mengambil alih sebagai pengedar baharu CFMoto di Malaysia masih terhad. MForrce akan memberikan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, Didi Automotive mengambil alih peranan pengedar Triumph Motorcycles di Malaysia daripada Fast Bikes Sdn Bhd.

Fast Bikes akan bertukar ke Honda Big Wing bermula 15 Januari 2023.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah