Categories: Berita

Flash mob skuter elektrik mencatat rekod baru di Taipei !

Mereka berjaya lagi dan kali ini dengan lebih cemerlang. Komuniti skuter pintar elektrik di Taipei telah merancang pertemuan pada Oktober 7 dan telah berjaya menempa satu rekod sebagai peraduan skuter elektrik terbesar di dunia.

Para penganjur mengguna media sosial bagi mempamerkan peraduan flash mob ini dan mereka berjaya menarik sebanyak 1303 penunggang skuter elektrik Gogoro, mengalahkan rekod lama mereka dengan lebih 500 skuter.

Related Post

Pengguna skuter pintar Gogoro dari Taiwan berkumpul di taman berhampiran daerah Sanchong pada pukul 3 pagi dan seterusnya menunggang menuju ke jambatan yang merentasi sungai Tamsui. Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke arah West Road dan Minquan East Road di Taipei, dalam satu perarakan senyap yang mempamerkan manfaat penggunaan skuter elektrik di bandar sambil menangani isu pencemaran.

Di Taiwan sahaja, Gogoro telah mencapai 100 ribu penunggang, dan mereka kini merancang untuk menawan pasaran Asia Tenggara dalam tempoh terdekat.  

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah