CAKE MENJADI PEMENANG DUA KALI ANUGERAH RED DOT DESIGN. MENERIMA PENGHORMATAN UNTUK MODEL BERORIENTASI PRESTASI KALK DAN UNTUK MODEL BERFOKUS UTILITI ÖSA PADA  2020!

CAKE

Misi CAKE, pengeluar motosikal elektrik ringan Swedish adalah terhadap masyarakat zero-emission sambil membangun motosikal off-road yang ringan, senyap, bersih dan berprestasi tinggi. Model pertama CAKE adalah Kalk yang membuat debutnya di Denver OR dan acara ISPO di Munich pada Januari 2018. Model ini mendapat beberapa penghargaan termasuk diiktiraf sebagai “Best in Show” oleh beberapa penerbitan industri luaran.

Kini barisan CAKE termasuk Kalk, motosikal jalan dan juga Ösa+ dan Ösa Lite, platform utiliti dengan stesen kuasa dan kemampuan off-road.

Ösa Lite (Street Legal)

Ösa + (Street Legal)

Kalk OR (model prestasi)

Kalk & (Street Legal)

Reka cipta terkini, Ösa dilancar pada November 2019 dan telah memenangi beberapa anugerah termasuk IF Design Award 2020 dan Gear Junkie Best in Show. CAKE baru-baru ini mengumumkan motosikal dan skuter berfokus utiliti, Ösa yang telah memenangi anugerah reka cipta Red Dot 2020. Ini adalah kali kedua CAKE memenangi anugerah reka cipta ini. Pada 2019, CAKE memenangi untuk model berorientasikan prestasi, Kalk!

Related Post

“Dengan semua yang sedang berlaku dalam dunia sekarang dengan pandemik teruk ini, ini bukanlah masa untuk meraih. Tetapi kami perlu mengatakan bahawa kami amat bangga untuk diiktiraf oleh juri Red Dot,” kata Stefan Ytterborn, CEO dan Pengasas CAKE. “Seperti ramai dalam pasukan Red Dot, kami adalah sekumpulan rakan kerja dan penjual, pengeluar dan rakan kongsi yang berharap semua akan kembali ke asalnya dan anugerah ini memberi kami sedikit harapan yang kami perlukan.

CAKE ÖSA

Baru-baru ini, CAKE Ösa terkenal dalam dunia motosikal kerana reka bentuk unik dan minimalnya. CAKE Ösa sangat dipengaruhi oleh reka bentuk workbench. Platform modular, motosikal utiliti dan skuter, reka bentuk Ösa memaparkan uni-bar besar yang memanjang keluar dari bawah kerusi. Sistem modular clamp-on ini befungsi sebagai ciri utama Ösa  yang membenarkan pengguna untuk memasang bakul, beg dan peralatan. CAKE juga mendakwa bahawa motosikal ini boleh mencipta lebih daripada 1,000 konfigurasi yang berbeza!

Dengan bateri berkuasa dan beberapa outlet, Ösa boleh berfungsi sebagai stesen kuasa yang berjalan! Ini membolehkan penunggang dan pengguna untuk bebas dimana sahaja mereka berada. Dari tukang kayu mengecas peralatanya untuk membina pondok, atau perkhidmatan penghantaran restoran, kemungkinan untuk penerokaan dan usaha yang disokong sendiri tiada batasan.

Ösa datang dalam dua model, Ösa Lite dan Ösa+. Ösa Lite adalah model skuter yang mempunyai kelajuan maksimum 30 mph dan bermula dari $6,500 USD. Ösa+ pula adalah model motosikal yang menonjol kelajuan maksimum 60 mph dan mula dari $8,500 USD.

Ösa Lite (Street Legal)

Ösa + (Street Legal)

Sumber: CAKE

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan