SIRI WINDTRE RISING STARS ADALAH PLATFORM SEMPURNA UNTUK MENCARI BAKAT BARU.

Jika anda terlepas, eSport mempunyai projek tersendiri baru: MotoGP eSport Indonesian Series. Dorna Sports baru-baru ini menandatangani perjanjian jangka panjang dengan MP1 untuk membekal syarikat Indonesia hak eklusif kepada pertandingan baharu ini. Siri ini akan bermula mulai 2021 dan akan menjadi platform sempurna bagi siri WINDTRE Rising Stars. Ini akan memberi pemain paling berjaya peluang untuk bertanding dalam MotoGP eSport Global Series tahun depan.

MP1 adalah syarikat Indonesia yang beroperasi dalam industri pengurusan acara dan sukan. Ia baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Gresini Racing di seluruh MotoGP, Moto2, Moto3 dan MotoE dari tahun 2021. Kini, syarikat ini melangkah maju dalam sektor maya dengan eSports ketika platformnya semakin besar dan mendapat pengiktirafan. Indonesia adalah salah satu pasaran terbesar di MotoGP dengan peminat yang paling bersemangat. Ini mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk siri MotoGP eSports tempatan pertama di dunia.

MARISSA KOMALA, PENGARAH URUSAN KOMERSIAL & KREATIF, MP1

“Wajah sukan dan cara banyak orang sertai telah berubah. Dan dengan situasi tahun ini, ia benar-benar telah mempercepatkan pembangunan eSports.

“Sebagai salah satu strategi kami untuk mengembangkan sukan permotoran di Indonesia dan, khususnya, untuk menarik perhatian bakat muda, kami telah menjalin kerjasama jangka panjang dengan Dorna untuk menjadi tuan rumah secara eksklusif bagi MotoGP eSport Indonesian Series.

Related Post

“Siri ini akan menyaksikan MP1 mengadakan kalender penuh acara di seluruh Indonesia yang mempamerkan bakat pemain Indonesia terbaik dan akhirnya menggunakan siri domestik sebagai platform untuk memasuki persaingan global.

“Kami sedar betapa besarnya semangat peminat untuk MotoGP di sini di Indonesia. Ini telah menjadi faktor pendorong dalam pengumuman mengenai perkongsian kami antara Indonesian Racing dan Gresini Racing yang akan bermula di MotoGP tahun depan.

“Kami akan memberikan pengalaman yang menarik dan memuaskan bagi peminat MotoGP dan eSports di Indonesia melalui kerjasama baru kami dengan Dorna. Kami tidak ragu lagi bahawa ini adalah sesuatu yang dinantikan oleh semua peminat MotoGP dan kami sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripadanya.

“Ia merupakan penghormatan terbesar bagi semua orang di MP1 untuk mengadakan MotoGP eSport Indonesian Series di Indonesia, bersama Dorna.”

PAU SERRACANTA, PENGARAH URUSAN, DORNA SPORTS

“Selama empat tahun ini, Dorna telah memberi komitmen yang kuat terhadap eSports. Sejak itu program MotoGP eSport tidak pernah berhenti berkembang. Pertama dengan Siri Global, kemudian dengan Seri WINDTRE Rising Stars. Jadi, langkah seterusnya adalah menganjurkan siri nasional MotoGP eSport di negara di mana MotoGP akan berlumba dalam masa terdekat dan di mana komuniti peminat MotoGP adalah salah satu yang terbesar di dunia.

“Perjanjian ini dan pelaburan MP1 dalam sukan kami menjamin kejayaan pertandingan nasional MotoGP eSport pertama, MotoGP eSport Indonesian Series.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan