Categories: Berita

Motron Motorcycles – Jenama motosikal baru dari Austria

KUMPULAN KSR MEMPERKENALKAN JENAMA MOTOSIKAL BARUNYA, MOTRON MOTORCYCLES BULAN LEPAS. INI ADALAH SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MOTRON MOTORCYCLES!

Motron Motorcycles

Kumpulan Austria KSR memperkenalkan jenama barunya melalui filem 4 bahagian “Follow the M”.

Jenama baru, Motron Motorcycles yang diperkenalkan dengan tema segar dan kuning mencerminkan keseluruhan identiti jenama dan reka bentuk motosikal. Mengenai barisan model jenama ini, barisan Motron Motorcycles terkini terdiri daripada 13 motosikal dari 3 segmen yang berbeza. Motosikal ditujukan khusus untuk segmen tahap entry dan segmen mid-size di sektor roda dua dengan nisbah harga dan prestasi yang menarik.

Dengan rangkaian produk 13 motosikal yang luas, portfolio produk jenama Austria baru tidak terhad kepada motor dan skuter berkuasa petrol. Sebenarnya, diantara 13 model, terdapat tiga skuter elektrik dan motosikal mini elektrik juga!

Kapasiti enjin motosikal berkuasa petrol adalah antara 50cc hingga 400cc. Sebaliknya, model elektrik yang kini ditawarkan berada di bawah kelas L1e Eropah dan ditawarkan dengan motor elektrik Bosch 15000W atau 2000 W.

“Pelancaran jenama Motron agak tepat pada masa ini. Terutamanya pada saat-saat seperti ini, ketika ramai merindukan keseimbangan hidup mereka dalam pandemik ini. Slogan jenama kami ‘GET OUT THERE’ menggarisi pendekatan kami untuk melawan masa-masa sukar, keluar dan bersenang-senang dengan Motron, “kata Michael dan Christian Kirschenhofer, pemilik KSR Group.

BERKUASA PETROL

X-NORD 125

Motosikal adventure 124.8cc yang sedia untuk jalan urban dan kampung.

X-NORD 125 TOURING

Berdasarkan X-Nord 125, touring pek mengandungi bekas untuk perjalanan panjang.

REVOLVER 125

Urban cruiser124.8cc dengan gaya retro.

WARRIOR 400

Jentera terbesar dalam barisan Motron. Motron kata Warrior 400 adalah bagi mereka yang suka kelajuan.

BREEZY 50

Skuter moden dan mesra alam bagi tunggangan di bandar.

Related Post

IDEO 50

Skuter dengan reka bentuk Itali.

IDEO 125

Abang besar Ideo 50. Motron kata Ideo 125 direka untuk tunggangan bandar dan jalan raya.

VENTURA 125

Skuter moden yang cukup berkuasa dan mampu untuk kegunaan bandar dan kampung.

CUBERTINO

Dikuasakan oleh motor Bosch 1500W , cub ini mempunyai jarak jalan 56km.

WHIZZ

Dikuasakan oleh motor Bosch 1500W, Whizz direka khusus untuk tunggangan urban.

VOLTZ

Jentera ringan yang dikuasakan oleh motor Bosch 2000W dan bateri Samsung boleh tukar, Voltz mempunyai jarak gerak 65km.

VIZION

Dikuasakan oleh motor Bosch 1500 W, motosikal mini Vizion kelihatan seperti Honda MSX dan Benelli TNT 135. Satu konsep yang agak menarik!

KETERSEDIAAN

Motron mengumumkan bahawa model elektrik (WHIZ, CUBERTINO, VOLZ dan VIZION) akan dilancarkan terlebih dahulu. Berikutan itu, model pembakaran dalaman (X-NORD 125, REVOLVER 125, WARRIOR 400, BREEZY 50, VENTURA 125, IDEO 50 dan IDEO 125) akan tiba di pengedar mulai Q2. Sementara itu, dua model terakhir, NOMAD 125 dan X-NORD 400 dirancang untuk dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Motron mengumumkan bahawa mereka pada awalnya akan fokus pada pasaran Eropah, bermula di Jerman, Austria, Switzerland, Itali, Sepanyol, Perancis, Belgia, Belanda dan Greece. Rangkaian pengedaran dikatakan berkembang ke negara-negara Eropah yang lain sepanjang tahun 2021.

Sumber: Demotos

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan