FABIO QUARTARARO DARI PETRONAS YAMAHA SRT SELESAI SESI UJI HARI KEDUA SEBAGAI PELUMBA TERPANTAS DI LOSAIL INTERNATIONAL CIRCUIT, DENGAN FRANCO MORBIDELLI DI KEEMPAT. ADAKAH DIA DAPAT ULANGI PRESTASI INI PADA HARI KETIGA?

Pada hari kedua sesi uji di Qatar, Fabio Quartararo telah menetap pusingan terpantas bagi hari tersebut di sekitar trek 5.4km Losail International Circuit. Franco Morbidelli pula selesai hari tersebut sebagai empat terpantas.

Selepas menjadi pelumba pertama di atas trek pagi itu, Fabio mencuba beberapa persediaan pada Yamaha-nya, YZR-M1 untuk mendapat persediaan terbaik. Dia juga dapat menguji beberapa komponen aerodinamik pada bahagian depan jenteranya. Pada hujung sesi ini, Fabio fokus pada pusingan time-attack. Dari 65 pusingan, masa terbaiknya adalah 1min 54.038saat. Ini meletakkan dia di kedudukan teratas timesheet.

Related Post

Rakan sepasukan Morbidelli juga cuba beberapa perubahan persediaan untuk mendapat keseimbangan optimum pada YZR-M1-nya. Pada tengahari, masa pusingannya turun pada setiap larian, mencapai perlumbaan yang hebat serta pusingan time-attack positif. Dia selesai 70 pusingan Losail International Circuit, paling banyak berbanding dengan pelumba lain. Masa terpantas yang dicatat adalah 1min 54.481saat, meletakkannya di tempat keempat pada hujung hari kedua.

Hari terakhir uji pra-musim akan mula pada 1pm masa tempatan (11 am CET, dan 10pm GMT) 24 Februari 2020. Selepas itu, ia akan menjadi perlumbaan pertama tahun ini, juga di Qatar bulan depan (6-8 Mac).

TIMESHEET RASMI HARI KEDUA

Kemas kini hari 3 akan datang tidak lama lagi!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan