Suzuki Virus 1000 | Sumber gambar: Flickr

Superbikes amat hebat pada litar perlumbaan, dengan kuasa mereka serta sistem brek dan suspensi yang mahal. Manakala, pada jalan raya, kuasa superbike amat sukar untuk dikendali dan kami juga tidak mampu nikmati seluruh kemampuan superbike. Pengedar Suzuki Swiss Moto Virus telah menghasilkan idea yang hebat: menjadikan GSX-R1000 R kepada sebuah motosikal naked!

Hasil motosikal ini adalah Virus 1000 naked, yang pada dasarnya menyimpan apa yang kami sudah tahu dari superbike Jepun, tetapi pencampuran sedikit unsur naked seperti hendal lurus dan fairing depan yang direka bentuk semula dengan perlindungan aerodinamik yang kurang.

Sumber gambar: Moto Riders Universe

Related Post

Sumber gambar: Motorcycle Specs

Ekzos diperolehi dari Akrapovic tetapi selain daripada itu, Moto Virus mengekalkan enjin stock yang bermaksud Virus 1000 mampu menjana tidak kurang daripada 202 hp, dan semua dikawal dengan sistem canggih IMU yang membenarkan penunggang untuk memilih mod tunggangan serta kepekaan kawalan traction.

Dengan mengawal motosikal ini melalui hendal lurus, penunggang mampu menikmati Virus 1000 dengan lebih lama tanpa mengalami ketidakselesaan dengan posisi menunggang rendah tetapi pada jalan-jalan gunung motosikal ini lebih seronok untuk menunggang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan