Categories: Berita

Moto Morini X-Cape 650 sedia dilancar – RM45,000

THE MOTO MORINI X-CAPE 650 DIJANGKA LANCAR PADA PERTENGAHAN TAHUN 2022.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Awal bulan lalu, MForce Bike Holdings diumumkan sebagai pengedar rasmi jenama Moto Morini untuk pasaran tempatan.

Jenama motosikal Itali menyertai Benelli, SYM, WMoto dibawah MForce di Malaysia.

Apa yang menarik ialah selepas dua minggu, salah satu model Moto Morini, X-Cape 650 telah dipamerkan dalam satu majlis yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.

Related Post

Menurut sumber, Moto Morini X-Cape 650 akan dilancarkan secara rasmi sekitar pertengahan tahun ini. Motosikal yang dinanti-nantikan ini akan datang dengan harga jangkaan sekitar RM45,000.

X-Cape 650 akan datang dalam dua varian. Perbezaan utama antara kedua-duanya ialah penggunaan rim jenis aloi dan roda jejari.

Motosikal ADV juga akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Smoku Anthracite dan Red Passion.

X-Cape 650 didatangkan dengan gabungan tayar depan 19″ dan 17″ belakang. Ia dipadankan dengan fork depan boleh laras Marzocchi 50mm dan penyerap hentak belakang KYB. Manakala sistem brek didatangkan dengan brek kaliper Brembo dengan sokongan ABS.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah
Tags: Utama