Categories: Berita

Didi Automotive pengedar Royal Enfield baru di Malaysia

PENGUMUMAN INI LIHAT DIDI AUTOMOTIVE GANTI SNH BHUMI CORPORATION SDN BHD SEBAGAI PENGEDAR JENAMA DI MALAYSIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama motosikal terkemuka, Royal Enfield telah pun melantik Didi Automotive Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi jenama di Malaysia.

Pelantikan Didi Automotive turut dialu-alukan oleh Ketua Perniagaan pasaran Royal Enfield APAC, Vimal Sumbly.

“Malaysia adalah pasaran penting untuk Royal Enfield dan kami percaya motosikal kami sesuai untuk penunggang menikmati keindahan Malaysia.

Related Post

“Untuk itu, kami berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Didi Automotive untuk pasaran strategik ini. Kami yakin tahap kecemerlangan mereka akan membantu membangunkan produk kami,” jelasnya.

Pada masa sama, Pengerusi Kumpulan Didi, Rewi Hamid Bugo, mahu Royal Enfield menjejakkan kaki ke setiap negeri di Malaysia.

“Objektif kami adalah untuk memastikan kehadiran jenama Royal Enfield di setiap negeri sambil menawarkan pengalaman pemilikan terbaik dari segi jualan dan perkhidmatan selepas jualan,” katanya.

Menurut Royal Enfield dalam satu kenyataan, pasaran Malaysia kini disajikan dengan pelbagai model menarik termasuk, Meteor 350, Interceptor 650, Continental GT 650, Himalaya serta Bullet 350 dan Classic 350.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah