Honda CBR1000RR SP2 | Sumber gambar: Paul Tan

Jika anda meminati motosikal lumba dan anda seorang peminat Honda, maka anda tentu gembira mengetahui bekas pasukan Honda World Superbike, Ten Kate, akan menjual dua motosikal CBR1000RR SP2 mereka. Berbanding dengan kebanyakan pasukan lain, kali ini Ten Kate akan menjual motosikal mereka dengan spesifikasi World Superbike penuh!

Ten Kate, yang telah diambil alih oleh Althea Racing dan Moriwaki sebagai pasukan factory untuk musim depan World Superbike, akan memberi kedua-dua motosikal ini dengan spesifikasi lumba 2018, maknanya anda berpeluang untuk memiliki salah satu motosikal istimewa ini.

CBR1000RR SP2 akan dilengkapi dengan ciri-ciri berikut:

Enjin: TKR – kit enjin Cosworth

Elektronik: dongle Magneti Marelli

Suspensi: spec Ohlins WSBK

Brek: cakera Nissin & Yutaka

Related Post

Casis: pilihan Karbon ataupun Aluminium

Swingarm: TKR-Suter

Roda: Marchesini

Kedua-dua motosikal ini sudah tentu datang dengan sijil kesahihan yang ditandatangani oleh Ten Kate Racing untuk pakej penuh dan bahagian yang akan dijual oleh TKR. Setiap motosikal boleh didapati dengan pilihan yang berbeza, dan Ten Kate juga akan menyesuaikan motosikal mengikuti kehendak pelanggan.

Ini hanya motosikal yang boleh diguna pada trek dan anda tidak boleh menunggang motosikal ini pada jalan raya tetapi jika anda berminat untuk berlumba di trek tempatan anda dan memukau semua orang pada hari trek, anda boleh menghubungi Kervin Bos di k.bos@tenkateracing.com.

Ten Kate memberi nilai sebanyak 85,000 euro bagi setiap CBR1000RR SP2 dengan spek World Superbike (sekitar RM400,121), agak tinggi untuk CBR1000RR SP2, tetapi memandangkan ini adalah motosikal lumba penuh, yang diguna oleh pelumba seperti Leon Camier dan Jake Cagne musim lepas, harga ini mungkin tidak kelihatan begitu tinggi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan