DR Big 1000 | Sumber gambar: Adventure Rider

DL1000 V-Strom adalah motosikal terbesar dalam generasi motosikal Suzuki, walaupun V-Strom hanya sesuai untuk jalan asfalt dan jalan off-road, jenama Jepun ini merancang untuk membuat pengembalian DR Big yang dikhabarkan satu realiti menjelang tahun 2020.

DR Big 1000 mempunyai lebih banyak kemampuan sebagai motosikal adventure dengan suspensi, roda dan komponen lain yang membolehkannya untuk tunggangan off-roadl berbanding V-Strom 1000 semasa. Menurut laman web Sepanyol, Trail Riders Mag, yang memetik sumber Suzuki, projek DR Big 1000 sudah berada di peringkat pembangunan, dan motosikal ini bakal melanda para peniaga menjelang 2020.

Enjin ini bukan seperti enjin silinder tunggal 727 cc untuk Suzuki DR Big asal pada 1998 tetapi adalah enjin silinder kembar yang kini dipakai oleh V-Strom 1000. Ini akan membenarkan DR Big 1000 untuk menghasilkan tahap kuasa dan tork yang baik.

Kuasa motosikal ini ada di sekitar 100 hp yang menjadikan DR Big 1000 sebagaisaingan sempurna untuk motosikal adventure seperti BMW F 850 ​​GS, Honda Africa Twin, Triumph Tiger 800 ataupun Adventure KTM 1090.

Jika enjin adalah seperti V-Strom, Suzuki mungkin akan membuat perubahan pada komponen casis. Rangka V-Strom mempunyai rangka struktur twin-spar, sesuai untuk tunggangan on-road tetapi motosikal ini mungkin amat berat untuk tunggangan off-road. Beat V-Strom adalah 320 kg dan Suzuki akan mengatasi isu berat dengan membangunkan rangka khas untuk DR Big 1000.

Related Post

Suspensi long-travel, roda spoke dan pakej elektronik khas dengan mod off-road, termasuk kontrol traction dan ABS akan membantu DR Big 1000 menjadi sebuah motosikal hebat untuk ditunggang di seluruh dunia.

Untuk reka bentuk DR Big, Suzuki akan membuat perubahan radikal kepada reka bentuk yang kami biasa lihat pada motosikal V-Strom mereka. DR Big terkenal dengan ikonik “Duck beak” di bahagian depan, jadi kami jangka generasi baru motosikal ini membawa semula reka bentuk depan ikonik yang sama.

Bagi mereka yang tidak kenal DR Big ataupun tidak ingat tidak ingat dengan tepat apa motosikal ini, DR Big dilancarkan oleh Suzuki pada tahun 1988, dengan enjin silinder tunggal 727 cc, yang mampu menjana 52 hp dan penyejukan dilakukan oleh udara. Perkara yang baik tentang model ini ialah beratnya: 179 kg. Dua tahun kemudian pada tahun 1990, Suzuki meningkatkan anjakan sehingga 779 cc dan kuasa juga meningkat kepada 54 hp, tetapi ia juga bermakna peningkatan berat kepada 194 kg. Satu lagi ciri penting ialah tangki minyak raksasanya. Ia bermula dengan 30 liter, kemudian Suzuki mengurangkan saiznya kepada 23 liter, menjadikan DR Big sebagai motosikal yang hebat untuk menunggang secara panjang di mana tiada tempat untuk mengisi minyak.

Tetapi Suzuki DR Big juga merupakan satu motosikal yang hebat untuk perlumbaan off-road. Pelumba Belgium Gaston Rahier memasuki Dakar Rally pada 1988 dengan prototaip DR Big dibawah penajaan Marlboro dan untuk Rally of the Pharaohs (Mesir), dia memenangi perlumbaan tersebut dengan motosikal yang sama.

Jika khabar angin benar, kita mungkin melihat versi pengeluaran Suzuki DR Big 1000 baru di pameran motosikal EICMA Milan pada bulan November.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan