Categories: Berita

JPJ tawar diskaun 80% untuk saman trafik

DISKAUN INI AKAN MULA HARI INI, 9 DISEMBER HINGGA 12 DISEMBER 2021.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menawar diskaun 80% bagi saman trafik mulai hari ini, 9 Disember hingga 12 Disember 2021.  

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim kata tawaran diskaun itu bersempena program 100 hari Aspirasi #Keluarga Malaysia. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Related Post

Walau bagaimanapun, katanya tawaran pengurangan saman itu tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan besar yang dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Mat Kasim kata ramai serta syarikat dan entiti perniagaan boleh daftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my/ atau memuat turun aplikasi di Google Play Store, Apple AppStore dan platform Huawei Gallery , mereka boleh membuat pembayaran melalui aplikasi-aplikasi tersebut.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19 bagi mereka yang berurusan di kaunter pembayaran fizikal.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah