Categories: Berita

Indian Motorcycle memfail tanda dagangan untuk ‘Renegade’

Indian Motorcycle trademarks Renegade | Sumber gambar: Motorbike Writer

Kami memang suka motosikal baru jadi bersedia kerana Indian Motorcycles telah memfailkan satu pemohonan kepada U.S Patent and Trademark Office untuk nama ‘Renegade’. Selepas berita mengenai nama tanda dagangan ‘Raven’, syarikat ini terus bergerak dengan nama baru, jadi ia memberikan kami potensi untuk dua model baru dalam masa yang akan datang.

Pemohonan tanda dagangan tidak memberi sebarang maklumat mengenai nama yang bakal digunakan, meninggalkan semua peminat dengan imaginasi mereka. Ada yang membuat spekulasi bahawa kedua-dua model bermula dengan huruf ‘R’ dan akan dihubungkan dalam beberapa cara.

Related Post

Kebanyakan mengharapkan nama Renegade agak sesuai untuk cruiser oleh kerana ia memberi gambaran ‘rebellion’. Yang lain seperti Motorcycle.com telah meletakkan wang mereka pada nama streetfighter. Secara semulajadi, meneka ia akan menjadi bobber atau scrambler telah pun diramalkan, kerana ia boleh menjadi apa-apa sahaja.

Nama “Renegade’ telah pun diguna oleh Bombardier untuk Can-Am ATV mereka dan Jeep untuk SUV mereka. Kesemua ini adalah kenderaan yang dikenali dalam pasaran malah USPTO mungkin menimbang semula permohonan India.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah