SYARIKAT SLOVENIA MEMUTUSKAN UNTUK MEREKA ALAT KECIL YANG AKAN MEMBANTU KAMI UNTUK MENUNGGANG SEMASA HUJAN.

Adakah anda ingat masa hujan semasa menunggang motosikal dan anda cuba sedaya upaya untuk melihat melalui visor topi keledar? Tetapi anda tidak dapat lihat dengan jelas apa yang berada di depan. Titisan air dan visor berkabut adalah masalah besar semasa menunggang dalam hujan.

Tetapi kini terdapat alat yang akan membantu kami semasa meunggang dalam hujan tanpa sebarang masalah!

WiPEY adalah idea syarikat Slovenia yang memutuskan bahawa hujan tidak sepatut menjadi masalah untuk kami. Mereka telah menghasilkan wiper berkuasa elektrik, termasuk dengan bateri yang boleh dicas semula.

WiPEY mempunyai tiga mod operasi:

Related Post
  • Jika anda tekan cepat (quick press), WiPEY hanya akan mengelap satu kali dan berhenti.
  • Jika anda tekan lama (long press), WiPEY dimulakan dan akan mengelap secara berterusan.
  • Apabila WiPEY dimulakan, setiap tekan tambahan butang mengubah selang mengelap. Selang mungkin panjang 1, 3 atau 6 saat.
  • WiPEY boleh dimatikan dengan menekan butang dengan lama sekali lagi

Syarikat Slovenia ini berkata alat ini tidak menyebabkan gangguan aerodinamik dan amat ringan.

WiPEY akan membuat menunggang dalam hujan lebih selamat kerana visi kami lebih jelas. Untuk menjadikan alat ini lebih selamat, syarikat ini telah membuat alat kawalan jauh Bluetooth untuk menyedang dengan hendal motosikal. Ini akan membolehkan anda beroperasi WiPEY tanpa mengalih tangan dari hendal.

Untuk maklumat lanjut mengenai WiPEY sila layari www.wipey.com.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan