Categories: Berita

Triumph membolehkan Rocket III melanda jalan raya!

Triumph Rocket 3 | Sumber gambar: Paul Tan

Mega-cruiser dari Hinckley adalah tepat mengikut jadual untuk menjadi salah satu motosikal baru Triumph bagi 2019 apabila Rocket lll ditangkap oleh Motorcylce.com sedang membuat sesi uji pada jalan raya. Mengikut jadual pembangunan yang dirancang, secara teori, melihat motosikal ini di kalangan pengedar menjelang pertengahan tahun 2019.

Reka cipta keseluruhan tidak mengejutkan oleh kerana beberapa minggu yang lepas kami pun telah menunjuk anda gambar teaser pertama Rocket lll, yang ditangkap semasa sesi pertemuan pengedar hujung tahun yang lepas. Gambar-gambar baru kini menunjukkan sebuah cruiser yang lebih agresif dan mengikuti gaya Ducati Diavel.

Motosikal ini masih mengguna enjin ikonik tiga silinder tetapi dalam posisi membujur, Triumph pasti akan mengubahsuai banyak komponen dalaman. Sesaran enjin mungkin akan meningkat dari 2300 cc yang lama ke 2500 cc atau lebih. Dengan kapasiti seperti ini, Rocket lll bakal mempunyai 180 hp (belum disahkan lagi) dan tork tentu akan menjadi satu monstrosity.

Triumph Rocket 3 | Sumber gambar: New Atlas

Related Post

Tiga penyeyap ekzos telah disahkan dari gambar intip dengan sususan yang spesifik dan original: dua penyenyap akan disusun di atas satu sama lain di sebelah kanan Rocket III, manakala penyenyap ketiga akan menghadap ke sisi kiri motosikal, betul-betul di bawah swingarm tunggal indah yang memasang tayar belakang besar.

Memandangkan Rocket III akan menjadi satu binatang untuk menunggang, dan dengan melihat gambar-gambar pengintip baru ujian motosikal pembangunan di jalan raya, Triumph pasti akan memasang semua alat bantuan menunggang elektronik yang telah kami biasa lihat pada motosikal.

Triumph Rocket 3 | Sumber gambar: Spirit Motorcycle

Inertial Measurement Unit (IMU) akan menjadi otak pakej elektronik maju di Rocket III. Mod tunggang, kawalan cengkaman boleh laras, mungkin kawalan kestabilan dan ABS akan berada di sana untuk membantu anda mengawal mega-cruiser ini dari Triumph.

Pastikan anda mengikuti kami untuk segala maklumat terkini mengenai Triumph Rocket III yang baru.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan