Categories: Sukan Motor

Ana Carrasco – Wanita pertama untuk menjadi juara dunia!

Sejarah telah diukir di kejuaraan World SuperSport300 dengan pelumba wanita dari Sepanyol, Ana Carrasco ( DS Junior Team Kawasaki ) yang berjaya menjadi wanita pertama untuk memenangi anugerah tahap dunia bagi kejuaraan road racing motorcycle.

Ana Carrasco telah pun mempunyai beberapa peristiwa penting dalam kerjaya beliau seperti, wanita pertama untuk mendapat mata di kejuaraan Wolrd Moto3 dan juga CEV Moto2 class. Kemudian beliau, membuat keputusan untuk bersaing di kejuaraan World SuperSport300 dengan menunggang motosikal Kawasaki. Beliau sering berjuang untuk mendaki kedudukan dalam perlumbaan dan akhirnya digelar juara World SuperSport300 di Magny Cours, France.

Related Post

Pada perlumbaan terakhir musim ini, Ana tidak mendapat permulaan yang baik dengan mengambil kedudukan ke-25, tetapi beliau tetap berjuang untuk mendapat mata yang diperlukan bagi memenangi anugerah tersebut. Beliau mendapat kedudukan ke-13 dengan pesaingnya, Scott Derue yang terpaksa berhenti oleh kerana isu teknikal tetapi Mika Perez yang bakal menjadi juara diturunkan ke kedudukan ketiga pada saat terakhir yang memberi Ana Carrasco kejuaraan World SuperSport300!

Tahniah diucapkan kepada Ana Carrasco, wanita pertama untuk memenangi kejuaraan road racing motorcyle.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah