Categories: Sukan Motor

Ducati memenangi Chinese Superbike Championship buat pertama kali!

Ducati bakal mengenalkan Panigale V4 ke pasaran China. Beberapa hari sebelum pengenalan Panigale V4, Alessandro Valia telah memenangi anugerah Chinese SBK dengan menunggang motosikal Panigale V4S dan ia merupakan kemenangan buat pertama kalinya untuk Ducati di China. Ia juga merupakan anugerah pertama bagi Panigale V4.

Valia, Test Rider Ducati rasmi, juga dikenali untuk penglibatan beliau dalam pembinaan motosikal Panigale V4 dan turut menghadiri acara perasmian motosikal Ducati kepada media antarabangsa.

Beliau menunggang motosikal Panigale V4S yang dilengkapi dengan peralatan berkaliber rasmi Ducati yang pelanggan juga boleh membeli dari pengedar Ducati dan boleh dipasang pada motosikal pengeluaran berbanding dengan saingnya yang menggunakan motosikal yang mampu diubahsuai kepada spesifikasi World Superbike.

Related Post

Alessandro Valia berjaya untuk memenangi kejuaraan siri perlumbaan Pan Delta walaupun mendapati DNF ( did not finish ) pada perlumbaan pertama dan pembatalan perlumbaan kedua akibat taufan yang sedang mendekati. Namun demikian, Valia berjaya memenangi anugerah tersebut apabila beliau sering mendominasi 4 daripada 5 perlumbaannya  di litar Zhuhai, China.

Kemenangannya merupakan suatu publisiti hebat yang tidak dijangka namun diperlukan sebelum pengenalan Panigale V4 kepada pasaran China.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan