Categories: Berita

Honda akan mengeluarkan 10 motosikal elektrik menjelang 2025

PENGELUAR MOTOSIKAL TERBESAR DI DUNIA, HONDA TELAH MENGUMUMKAN BAHAWA IA AKAN MEMPERKENALKAN 10 ATAU LEBIH MOTOSIKAL ELEKTRIK MENJELANG 2025.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Honda telah pun mengumumkan projek motosikal elektrik besar-besaran yang akan menyaksikan sebanyak 10 motosikal elektrik akan dilancarkan menjelang 2025. Sebahagian daripada usaha itu termasuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

Walaupun bakal memperkenalkan motosikal elektrik, Honda dalam satu kenyataan menjelaskan pembangunan enjin pembakaran dalaman akan diteruskan. Walau bagaimanapun, ia akan memastikan tahap karbon dioksida yang dihasilkan berada pada tahap yang rendah.

Selain itu, Honda juga akan membangunkan motosikal yang boleh menggunakan bahan api neutral karbon seperti etanol-petrol.

Related Post

Sementara itu, antara 10 motosikal elektrik yang bakal diperkenalkan, tiga daripadanya dirujuk sebagai ‘Fun EV’ dan menampilkan kuasa dan ciri motosikal berkuasa tinggi. Terdapat dua jenis bateri yang akan digunakan iaitu bateri pepejal dan bateri mudah alih.

Menurut Honda, motosikal itu akan diperkenalkan di pasaran Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah.

Bagi pasaran Asia, China, Eropah dan Jepun, Honda akan memperkenalkan lima model skuter elektrik menjelang 2024.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah