Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang tidak akan membabitkan pelumba wildcard seperti sebelum ini.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Itu yang dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif namun tidak mustahil untuk melihat penampilan pelumba wildcard kerana tempoh pendaftaran masih terbuka.

“Sebarang pengumuman mengenai wildcard ini, sebenarnya pengumuman itu boleh dibuat dalam tempoh 45 hari sebelum (GP Malaysia).

“Jadi tahun ini, tak ada perancangan lagi. Tahun lalu, kita letak Damok kerana tidak ada pelumba Malaysia tetapi kali ini kita ada Damok yang beraksi secara musim penuh” kata Shafriman kepada media.

Related Post

Perlumbaan yang bakal berlangsung dari 10 hingga 12 November itu menyaksikan Malaysia hanya mempunyai seorang wakil iaitu Syarifuddin Azman atau dikenali dengan Damok.

Tahun lalu, selain Damok, tiga lagi pelumba negara iaitu Kasma Daniel Kasmayuddin, Azroy Hakeem Anuar dan Khairul Idham Pawi sertai atas wildcard Moto 2 bersama PETRONAS Mie Racing.

Dalam majlis yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini, SIC turut mengumumkan penjualan Tiket Rahmah.

Sebanyak 7,000 tempat duduk diperuntukkan untuk penjualan Tiket Rahmah yang berharga RM49.90 bagi tempat duduk K2 Hillstand.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz