Categories: Berita

Yamaha bersedia untuk memperkenalkan motosikal pengembaraan baru mereka, Ténéré 700 World Raid

Kebanyakan peminat motosikal amat teruja dengan konsep Yamaha T7 sejak ia dikenalkan di EICMA. Banyak soalan telah ditanya tentang ketibaan motosikal middleweight ini dan soalan kami telah pun dijawab dengan pengeluaran teaser baru yang mengesahkan ketibaan motosikal baru, Ténéré 700 World Raid.

Maklumat lanjut serta ketibaan motosikal ini bakal disahkan oleh Yamaha. Namun demikian, keyakinan para peminat nampaknya mencadangkan bahawa ketibaan motosikal ini adalah tidak lama lagi. Spekulasi yang diberi ialah Yamaha akan membuat pengumuman rasmi di Intermot ataupun EICMA 2018.

Related Post

Motosikal Ténéré 700 bukan dibawah kategori motosikal touring tetapi sebagai motosikal yang lebih fokus kepada aksi tanah. Walaubagaimanapun, motosikal ini masih boleh digunakan untuk perjalanan yang lama. Gaya serta reka bentuk motosikal ini berasaskan motosikal Yamaha rally-raid endurance.

Teruskan bersama kami untuk maklumat lanjut!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah